CARLOS KAISER | Kisah Penipuan Pemain Bola Yang Menghebohkan Dunia
Brazil adalah tempat kelahiran ramai pemain bola sepak bertaraf dunia.
Bahkan pemain terbaik sepanjang zaman pun disebut dari Brazil iaitu Pele. Mereka turut menjadi negara yang melahirkan bakat seperti Ronaldo (R9), Kaka, Neymar, Ronaldinho, Roberto Carlos, Zico dan Rivaldo.Siapa sangka, dalam dunia bola sepak, Brazil juga negara yang melahirkan scammer paling agung iaitu Carlos Henrique Raposo, yang lebih dikenali sebagai Carlos Kaiser.
Carlos Kaiser digelar Fake Footballer dan juga pemain bola sepak yang tak pernah bermain bola sepak profesional.
Pemain bola yang tak nak main bola
Carlos Kaiser dilahirkan di Rio Pardo pada 2 April 1963. Kaiser memasuki akademi Botafogo pada usia 9 tahun, beberapa bulan kemudian dia beralih untuk belajar di Rio de Jeneiro dengan Flamengo.Dia tidak pernah bermain dalam perlawanan rasmi walaupun sekali.
Sejak memulakan karier juniornya dengan Botafogo pada tahun 1972, Kaiser kemudian memulakan karier profesionalnya sebagai pemain dengan Puebla pada tahun 1979, dan bahkan menggantung but pada tahun 1992 dengan Guarany FC.
Carlos Kaiser menamatkan kariernya dengan pencapaian: 0 gol, 0 assist, dan 0 penampilan untuk 10 kelab senior dalam 13 tahun.
Dalam jangka masa yang panjang itu, dia selalu berjaya menyembunyikan kemahirannya yang biasa-biasa saja dengan segala macam muslihat dan alasan.
Bermula dari penipuan kecil seperti mengaku tidak cergas, berpura-pura cedera sehingga dia dibenarkan berlatih sendirian.
Selain itu, Kaiser juga terkenal sebagai orang yang suka bercakap, ramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.
Dia terkenal sebagai pemain yang mengekalkan hubungan mesra dengan pemain terkenal seperti Bebeto, Zico, Carlos Alberto, Junior dan Renato Gaucho.
“Mulutnya sangat berbahaya. Jika anda membiarkan mulutnya terbuka, anda akan dimanipulasi olehnya,” kata Bebeto.
Dia selalu berusaha menarik simpati dari orang-orang di sekelilingnya. Tujuannya, tidak lain dan tidak lain adalah untuk mendapatkan perlindungan dan kontrak jangka pendek dari kelab yang akhirnya mahu menampung hidupnya.
Carlos Kaiser menepati istilah membela biawak hidup.
Cuma mahukan kontrak
Sangat berbeza dengan pemain lain yang mendambakan aksi kompetitif. Carlos Kaiser pula enggan bermain langsung. Baginya, bertempur dalam padang adalah perkara yang menyusahkan.Apa yang dia mahu hanyalah kontrak sebagai pemain dan makan gaji buta. Dia juga mahu menikmati kebajikan yang selayaknya diimiliki pemain profesional termasuk insurans, rumah, dan sebagainya.
Ada sekali, pada awal tahun 1988, bersama kelabnya pada waktu itu, Bangu, jurulatih memintanya untuk bermain dalam lapan minit terakhir.
Pasukannya sudah ketinggalan 0-2, jurulatih mengharapkan ada magis dengan memberikan debut kepada Carlos Kaiser.
Kaiser menyatakan dia ‘bernasib baik’ kerana ketika jurulatih mengarahkannya memanaskan badan, ada seorang penyokong melemparkan kata kata kesat ke atasnya.
Korang bayangkanlah, dia anggap kena carut itu nasib baik.
“Saya bernasib baik. Kerana semasa memanaskan badan di tepi padang, saya mendengar penonton menjerit kepada saya dengan kata-kata yang tidak sesuai. ”
“Tanpa berfikir, saya segera memanjat pagar dan bertengkar dengannya. Saya diusir sebelum saya memasuki lapangan.” Itulah pengakuannya pada fasa akhir kariernya sebelum bersara.
Oleh itu, sehingga akhir kariernya, Carlos Kaiser tidak pernah ada rekod bermain untuk kelabnya. Jauh sekali statistik gol dan assist.
Namun lebih ajaib apabila kisahnya yang penuh dengan pembohongan ini membuatkan dia memiliki filem dokumentari sendiri.
Sebuah studio terinspirasi untuk membuat dokumentari berjudul “Kaiser: The Greatest Footballer Never to Play Football”.
Filem yang membuatkan ramai penonton rasa geram dan triggered apabila menontonnya.
Naskah lebih sejam itu juga memaparkan seorang manusia yang sangat licik dalam hidupnya. Dia membuat benda yang tak betul tetapi betul dan sah secara kontrak.
Mungkin bagi sesetengah orang tindakannya itu adalah bad genius. Tetapi hmmmm…. entahlah.
Apa yang pasti bukan semua pemain popular di dunia ini ada filem dokumentari sendiri. Sebaliknya Carlos Kaiser si penipu ini ada!
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.