Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak

Marina Granovskaia. Siapa wanita ini?
Kenali Marina Granovskaia Wanita Paling Berpengaruh Dalam Bola Sepak

Jika dilihat pada wajah jelita wanita berusia 45 tahun ini, pastinya tiada siapa menyangka peranan yang dimainkan beliau cukup signifikan dalam dunia bola sepak.

W anita kacukan Kanada-Rusia, Granovskaia menjadi orang paling kanan pemilik Chelsea Football Club, Roman Avramovich sejak lebih 20 tahun lalu.

Dan pada 2014, Avramovich membawa Granovskaia ke London. Bermula daripada itu, banyak perubahan dibawa Granovskaia ke dalam pengurusan Chelsea sejak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab.


Sejak daripada itu, beliau tidak menoleh ke belakang. Granovskaia mencipta hubungan bersama kelab Belanda, Vitesse Arnhem untuk dijadikan 'parent club', lokasi pemain muda meraih pengalaman dalam aksi kompetitif.


Granovskaia tidak pernah sekali pun mengadakan sidang media apatah lagi bercakap dengan wartawan. Yang ada hanyalah kenyataan di laman web rasmi kelab atau menerusi kenyataan media.

Difahamkan, pada 2007 sebelum menyertai The Blues, Granovskaia menjadi nadi penting dalam pembinaan fasiliti pusat latihan moden bertaraf dunia Chelsea di Cobham.

Dan pengaruh Granovskaia semakin menyerlah apabila dia berjaya mengikat perjanjian bernilai £60 juta setahun bersama Nike bagi tajaan jersi sehingga tahun 2032!


Kebijaksaan Granovskaia terus mendapat perhatian terutama kejayaannya memerah wang Real Madrid menerusi penjualan Eden Hazard.


Dengan kontrak berbaki setahun, kebiasaannya yuran perpindahan pemain itu akan menjadi lebih rendah namun tidak bagi Granovskaia.

Beliau berjaya mendapatkan yuran perpindahan termasuk insentif lain lebih £150 juta hasil penjualan Hazard. Ini tidak termasuk penjualan Alvaro Morata (£50 juta), Diego Costa (£60 juta), Oscar (£54 juta), Nemanja Matic (£40 juta) dan ramai lagi.

Dalam urusan pembelian pemain musim ini turut menampakkan peranan yang dimainkan wanita berkenaan.

Beliau berjaya membawa masuk Timo Werner pada harga klausa £49 juta, Ben Chiwell yang asalnya diletakkan pada harga £70 juta dibeli pada harga £50 juta dan Hakim Ziyech (£37 juta) sahaja.

Penjimatan dalam merekrut pemain juga dilakukannya dengan membawa masuk Thiago Silva dan Malang Sarr secara percuma. Kini bintang sensasi Jerman, Kai Havert dalam perjalanan ke Stamford Bridge.


Perjalanan masih panjang. Dan kini terpulang kepada Frank Lampard untuk menterjemahkan kejayaan ATAU sedia ditendang keluar oleh WANITA PALING BERKUASA DALAM BOLA SEPAK itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.