Gol Jaringan Safawi Rasid Menang anugerah dipilih Gol Terbaik Sedekad ACL

‘AFC Champions League’s Best Goal of the Decade’ Menjadi Milik Safawi Rasid, Tumpaskan 10 Calon Ternama Lain
GOL SAFAWI RASID TERPILIH SEBAGAI "ACL BEST GOAL OF THE DECADE".

Tahniah kepada Safawi Rasid apabila berjaya memenangi anugerah gol tercantik of the decade dalam Asian Champions League.

J aringan beliau ketika bertemu Shandong Luneng ketika saingan ACL 2019 berjaya menewaskan 9 calon yang lain.


Nama bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid terus melonjak di peringkat Asia selepas dipilih sebagai pemenang Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di laman rasmi mereka, hari ini dengan tuah diperoleh Safawi menerusi jaringan yang diledak ketika perlawanan peringkat kumpulan ACL 2019 menentang Shandong Luneng.

Jaringan yang dihasilkan menerusi sepakan lencong menarik itu mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 34 peratus untuk mengalahkan sembilan lagi calon lain.

Sepanjang tiga minggu tempoh undian dibuka, sebanyak 19,933 undian keseluruhan diterima daripada peminat dengan Abdulaziz Al Dawsari dari kelab Al Hilal di kedudukan kedua selepas mendapat 14 peratus undian.


Pada Mei lalu, jaringan sama turut membawa tuah kepada Safawi selepas dipilih sebagai pemenang gol lencongan terbaik sepanjang ACL.

Aksi Safawi Rasid ketika mewakili JDT menentang Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah pada 4 September lalu.

Dengan keputusan ini, semestinya bakal memberi motivasi yang tinggi untuk Safawi Rasid terus berjaya pada masa hadapan. Tahniah Safawi 👏.


Netizen Malaysia bab bab undi memang power 🇲🇾💪

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.