PEMAIN bola sepak Sepanyol Jose Antonio Reyes,35, maut dalam nahas jalan raya, umum bekas kelabnya Sevilla hari ini.
“Kami terpaksa mengumumkan berita buruk ini. Bekas pemain remaja kami Antonio Reyes maut dalam nahas jalan raya.Bersemadilah dengan tenang,” menurut satu kenyataan di laman Twitter rasmi Sevilla.
Reyes kali terakhir beraksi dengan pasukan divisyen kedua Sepanyol Extremadura.
Dia juga pernah menyarung jersi Arsenal, Real Madrid dan Atletico Madrid selain mewakili Sepanyol.
Reyes membuat penampilan sulung profesional bersama Sevilla pada usia 16 tahun, berpindah ke Arsenal pada Januari 2004 dengan bayaran 17 juta pound (RM89.9 juta)
Menjadi sebahagian daripada skuad ‘Invicibles’ yang menjulang Liga Perdana Inggeris tanpa tewas sebarang perlawanan.
Dia berusia 35 tahun.
Reyes, yang mencipta populariti di Sevilla sebelum berhijrah ke Arsenal diikuti ke Real dan Atletico Madrid, kini bersama kelab divisyen dua Sepanyol, Extremadura.
“Kami mengesahkan berita paling burus. Bintang disayangi Sevilla, Jose Antonio Reyes meninggal dunia dalam kemalangan. Bersemadi dengan aman,” kata kenyataan Sevilla menerusi Twitter.
Extremadura juga mengumumkan berita sama.
“Dengan sedih kami umumkan berita pemain kami Jose Antonio Reyes meninggal dunia akibat kemalangan kereta dan kami harap anda berdoa untuknya,” kata kelab berkenaan. - AFP