BEKAS pemain tengah pasukan kebangsaan Sepanyol dan Barcelona, Xavi Hernandez dinamakan sebagai pengurus baru kelab Qatar, Al Sadd dengan kontrak perjanjian selama dua tahun.

Dia menggantikan jurulatih Portugal, Jesualdo Ferreira, yang meninggalkan Al Sadd selepas membawa pasukan itu memenangi kejuaraan liga sebanyak 14 kali.
Produk yang dilahirkan daripada akademi Barcelona pada 1998, Xavi kemudian menjadi nadi penting bahagian tengah buat pasukan itu, memenangi lapan gelaran kejuaraan La Liga dan empat mahkota Liga Juara-Juara sebelum menyertai Al Sadd.
Al Sadd mengesahkan Xavi akan mengambil alih tugas pada kem latihan pra-musim di Girona bermula 14 hingga 29 Julai.