Umur masih lagi Muda, perjalanan masih lagi Jauh, Perjuangan perlu diteruskan untuk kelab diwakili dan juga berkerja untuk Negara Demi lambang Malaysia Di Dada .
KETIKA peminat bola sepak tertarik dengan aksi Muhd Akhyar Rashid seperti Neymar, mereka terlupa bahawa pemain berusia 18 tahun itu tidak berjuang keseorang pada temasya Sukan SEA kali ini.Muhd Akhyar yang juga adik kepada bekas pemain Kedah itu turut ditemani kakaknya, Rashidah Abdul Rashid dalam acara yang tidak kurang sengitnya.
Rashidah atau lebih mesra dipanggil Adeq merupakan pemain takraw dan dia juga adalah isteri kepada bekas pemain takraw Singapura, Haikal Yasin.
Pemain muda Kedah, Akhyar Rashid jadi tumpuan
Pemain muda Kedah yang berusia 18 tahun, Akhyar Rashid berjaya mencuri perhatian peminat bolasepak tempatan. Adik kepada bekas pemain Kedah, Rafdi Rashid terkejut kerana tidak terfikir beliau akan diberi ruang untuk bersaing dengan pemain-pemain lebih senior di pentas liga super.
Akhyar sempat mewakili skuad Malaysia U22 dan membantu Malaysia tempah tiket ke Piala Asia U22 di China. Kemahiran beliau mengawal bola dan mengelecek beberapa pemain pertahanan lawan ketika saingan kelayakan Piala Asia U22 minggu lepas turut menarik perhatian media dari Thailand dan Indonesia.
Game sebelum final dari peringkat kumpulan karakter pemain ni, adik kepada pemain takraw wanita (adeq) Sukan SEA ni diperhati sepuluh kali dia jatuh tetap terus bangun..semalam masuk sekejap, siapa lagi pemain yang bukan berhabisan minta bola gelecek 2 -3 pemain, posisi pemain ni yg boleh diisi depan, tengah, tepi dan belakang perjalanan cerita bola sepak bukan hanya dengan satu kemenangan bukan juga hanya dengan satu kekalahan..AKHYAR RASHID @ KEDAH