'MAAFKAN SAYA'.. HAZIQ NADZLI
JURULATIH skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee (tengah) menenangkan penjaga gol, Muhammad Haziq Nadzli yang kecewa selepas tewas 1-0 kepada Thailand dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi. - Foto Hairul Anuar Rahim
Menurut Kim Swee, kesilapan penjaga gol berusia 20 tahun itu yang tertumbuk bola ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola sepakan sudut pada minit ke-39, boleh terjadi kepada mana-mana pemain.
Kesian pula tengok beliau ni. Korang yang kaki kecam tu memang pandai kecam ajelah. Susah payah dia bermain dengan baik sampai ke final tak pula nak hargai. Move on lah dah bukan rezeki kita nak menamg Emas dalam Bola Sepak Sea Games kali ni.
Kekalahan itu seakan mengulangi tragedi 2001 di mana Malaysia tewas dengan keputusan sama apabila kesilapan penjaga gol Kamaruzaman Hassan menghadiahkan kemenangan buat skuad Gajah Perang di venue yang sama.
Malah kegagalan memenangi ibu segala emas itu meneruskan penantian Malaysia selepas kali terakhir skuad kendalian Kim Swee muncul juara di Jakarta 2011.
Menurut bekas pengendali kebangsaan itu, beliau berpuas hati dengan prestasi pemain sepanjang kejohanan ini, namun tetap melahirkan rasa kecewa kerana gagal memenangi emas.
"Kita beri saingan hebat kepada Thailand, tapi kita beri gol kepada mereka tidak kena pada masanya. Kita cuba bangkit tapi tetap gagal mencari gol.
"Saya tak gembira kerana tak memenangi pingat emas tapi secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi pemain dengan masa terhad yang kita lalui sebelum ini. Kita membuktikan bahawa kita mampu bersaing dengan pasukan rantau ini," kata Kim Swee.
Hujan yang turun sebaik permainan bermula seakan memberi petanda malam suram buat penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Shah Alam tanpa sorakan Ultras Malaya, susulan memboikot isu penjualan tiket sebelum perlawanan.
Meskipun Thailand memperlihatkan penguasaan pada babak pertama, mereka masih sukar untuk menembusi gawang pasukan tuan rumah sehinggalah kesilapan Haziq ketika cuba menumbuk keluar bola sepakan sudut Sasalak Haiprakhon.
Gol sendiri itu sudah cukup memalit derita buat anak buah Kim Swee yang cuba bangkit pada separuh masa kedua, namun sukar untuk menembusi benteng Thailand.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Muhammad Haziq Bin Nadzli | ||
Tarikh lahir | 6 Januari 1998 | ||
Tempat lahir | Kuala Lumpur, Malaysia | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Johor Darul Ta'zim FC | ||
Nombor | 30 | ||
Kerjaya remaja | |||
2014-2016 | Frenz United FC | ||
2016- | PDRM FA B21 | ||
Kerjaya senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmncln† | (Gol)† |
2016-2017 | PDRM FA B21 | 11 | (0) |
2017- | Johor Darul Ta'zim FC | 0 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2013-2015 | Malaysia B-17 | ||
2016- | Malaysia B-20 | 1 | (0) |
2017- | Malaysia B-23 | 10 | (0) |
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 2 September 2016. † Kemunculan (Gol). ‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 30 Ogos 2017 |
Kerjaya Antarabangsa
"Muhd Haziq Nadzli Profile". Soccerway. 2 September 2016. Dicapai pada 2 September 2016.
- "Bernhardt calls up two new faces and retain 22 players in U22". Goal.com. 3 June 2016. Dicapai pada 2 September 2016.
Pautan luar
- Haziq Nadzli Profile at Harimau Malaysia
aaa