Bintang Barcelona, Neymar, mengakui dia ingin bermain dalam Liga Perdana Inggeris pada masa depan.
Pemain antarabangsa Brazil itu dilaporkan pernah menjadi sasaran utama Louis van Gaal di Manchester United pada 2015, dengan ejen penyerang itu mendakwa satu tawaran bernilai hampir £140 juta sudah pun dibuat.Khabar angin sudah mula tersebar sejak beberapa minggu kebelakangan bahawa Jose Mourinho telah secara peribadi menghubungi pemain itu untuk meninjau minatnya sebelum melancarkan bidaan baru pada penghujung musim ini.
Walaupun dia sudah menandatangani kontrak baru di Camp Nou, Oktober lalu yang akan berlanjutan hingga 2021, bekas penyerang Santos itu mendedahkan bahawa perpindahan ke England menarik minatnya.
“Ia satu kejohanan yang mengejutkan saya,” katanya dalam satu acara PokerStars. “Saya sukakan stail permainan dan pasukan-pasukannya.
"Saya tertarik kepada Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool – ini adalah pasukan-pasukan yang sentiasa terbabit dalam perebutan kejuaraan.
"Selain itu, anda ada jurulatih tahap tertinggi seperti Mourinho dan (Pep) Guardiola. Ini adalah jurulatih-jurulatih yang mana-mana pemain mahu bekerja untuk mereka.
"Siapa tahu? Saya ingin bermain di sana.”
Neymar telah menyumbat 14 gol dan melakukan 23 bantuan jaringan dalam semua pertandingan musim ini.