Paris Saint-Germain tawar RM364 juta setahun, jet peribadi untuk Neymar - Ejen Wagner Ribeiro

Kickbola.net PSG tawar GBP30 juta setahun, jet peribadi untuk Neymar - Ejen.

PSG tawar GBP30 juta setahun, jet peribadi untuk Neymar - Ejen

Salah seorang ejen Neymar mendakwa bahawa bintang Brazil itu telah mengadakan dua perjumpaan dengan Paris Saint Germain sebelum bersetuju menandatangani kontrak lanjutan bersama Barcelona.

N
eymar, 24 tahun, telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Barca, namun Wanger Ribeiro berkata kliennya itu akan mendapat pembayaran lebih besar jika dia bersetuju berhijrah ke Perancis.

Menurut Ribeiro, Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, telah bertemu dengan pemain itu dan ayahnya di Ibiza awal Jun lalu dan di Brazil selepas itu.

"Saya yang membawa Nasser ke Sao Paolo," katanya ketika sesi temu ramah bersama ESPN Brazil.



"Saya memberitahu Neymar bahawa mereka membuat tawaran yang cukup mengagumkan; dia bakal menjadi pemain termahal dunia dengan pembayaran gaji yang jauh melebihi pemain lain.


"PSG sanggup membayar GBP160 juta (RM876 juta) penebusan kontrak dengan pemain itu akan mendapat bayaran GBP30 juta (RM364 juta) setahun selepas cukai.



"Kami berbincang selama dua jam dan Neymar sangat teruja. Nasser menegaskan bahawa dia tidak akan berdepan masalah cukai di PSG di samping menjelaskan bahawa dia akan menjadi pemain no.1 di kelab itu, tidak seperti di Barca."

Selain pembayaran gaji yang besar, Ribeiro turut mendakwa bahawa Al-Khelaifi telah menawarkan Neymar sebuh jet peribadi dan sebahagian daripada saham pemilikan hotel.

Namun, Neymar, yang kerjayanya lebih banyak diuruskan ayahnya berbanding ejenya, memilih untuk kekal di Camp Nou.

"Dia kekal kerana dia mahu bermain bersama Barcelona, dia gembira berada di kelab itu.


"Saya mahu dia berhijrah ke PSG tetapi ayahnya mahu dia kekal di La Liga.

"Jika dia memilih untuk berhijrah, itu kerana dia mahu bermain bersama PSG, kerana presiden kelab itu mengadakan perjumpaan dengannya."

Bagaimanapun, sumber PSG menegaskan kenyataan Wagner itu tidak benar sama sekali.

"Langsung tidak benar," kata sumber tersebut kepada L'Equipe.


"Neymar hanya menggunakan PSG untuk menguatkan pertaliannya bersama Barcelona."

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.