Selepas merakam 68 caps penampilan bersama skuad Harimau Malaysia, pertahanan tengah kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan, hari ini.
Aidil yang juga pertahanan tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengumumkan persaraaannya itu menerusi laman Facebook rasmi pasukan terbabit, JOHOR Southern Tigers.Menerusi kenyataannya di laman sosial terbabit, pertahanan kental berusia 29 tahun itu mahu memberi peluang kepada pemain muda yang berbakat untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan yang akan datang.
"Saya Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan untuk bersara dari skuad kebangsaan (dengan rekod 68 kali penampilan bermula Julai 2007) dan ingin memberi peluang tersebut kepada pemain muda yang lain untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang.
Saya cukup berbesar hati dapat membantu mencapai beberapa kejayaan yang diraih sewaktu bersama skuad kebangsaan yang antaranya seperti memenangi pingat emas SEA Games 2009, Kelayakan Belia Bawah 20 AFC 2004, Sukan Olimpik 2008 serta perlawanan-perlawanan lain.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyokong bolasepak tanahair, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong karier saya sepanjang berkhidmat bersama skuad kebangsaan."
"Saya berbesar hati dapat membantu pasukan negara meraih beberapa kejayaan antaranya pingat emas Sukan SEA 2009, Kelayakan Belia Bawah 20 tahun AFC 2004, kelayakan Sukan Olimpik 2008 serta perlawanan lain.
"Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada barisan kejurulatihan dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong karier saya sepanjang menyarung jersi skuad kebangsaan.
"Tidak lupa juga kepada penyokong bola sepak tanah air yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya.