Sabah FA dalam bahaya tersingkir ke Liga FAM

Kickbola.net Pengendali baharu Sang Badak, Johnny Dominicus, menganggap tugasan yang diberikan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tidaklah terlalu berat kerana jurulatih itu mengenali hampir kesemua pemain dalam pasukan.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)

Sabah belum selesa elak penyingkiran

LIKAS: Masih banyak yang perlu diperbaiki skuad Sang Badak, sekiranya mahu terus menjarakkan diri dari zon penyingkiran Liga Perdana musim ini.

Pengendalinya, Johnny Dominicus, berkata walaupun lega dengan kemenangan 2-1 dalam aksi liga bertemu Sime Darby di gelanggang lawan malam tadi, pasukannya masih belum begitu 'tajam' di bahagian serangan.

"Kita bermain agak baik dan banyak mencipta peluang, namun seperti sebelum ini, kita tidak begitu bernasib baik untuk mendapatkan gol awal. "Bagaimanapun, dua jaringan Maxsius (Musa) dan Leopold (Alfonso Otong) di babak kedua sudah cukup untuk kita membawa pulang tiga mata," kata Dominicus ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Menurut Dominicus, dia berharap pemainnya akan meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan seterusnya, terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri. "Masih ada ruang-ruang yang perlu dibaiki dan pemain juga kena fokus untuk perlawanan seterusnya...mesti ada mentaliti untuk menang dalam diri mereka," katanya.

Perlawanan malam tadi menyaksikan Sabah lebih dulu dibolosi tuan rumah hasil jaringan Mateo Roskam pada minit ke-18.


Bagaimanapun, pasukan yang turut mendapat jolokan Sabah Rhinos itu bangkit di babak kedua untuk memperoleh dua gol hasil jaringan Maxsius (m-75) dan Leopold (m-78).


Keputusan itu mengekalkan Sabah di tangga kesembilan liga dengan 14 mata, namun berjaya menjarakkan diri daripada kelompok pasukan yang berada di zon penyingkiran.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.