Kedah FA ikat Shane Smeltz!

Kickbola.net #welcomeshane #selamatdatangshane Dengan ketibaan pemain baharu, Shane Smeltz, Kedah akan memperkuatkan jentera serangan dengan 2 tenaga baru untuk bersaing sengit dalam baki saingan musim ini. REDEFINE THE POSITION.
Ketibaan Shane awal pagi tadi disambut oleh Pegawai Keselamatan KFA, En. Idris Mansor di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

Shane Smeltz telah bersetuju dan menandatangani kontrak bersama skuad hijaukuning bagi baki saingan musim 2016.

Shane Smeltz merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman di A-League dengan 73 gol.

Turut hadir pengurus pasukan dalam majlis tandatangan kontrak sebentar tadi, Dato' Jeffrey Low Han Chow dan jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe.


Kehadiran Shane bakal mengisi jentera serangan Kedah setelah Sandro masih dalam tempoh pemulihan dan tidak dapat beraksi dalam tempoh perlawanan yang padat.

Langkah ini bagi memastikan Kedah tidak keciciran mata dan mampu bersaing dengan pasukan lain. Sandro dalam perancangan untuk dipinjamkan ke kelab lain memandangkan beliau masih mempunyai kontrak sehingga 2017.

Musim 2017, Sandro akan kembali semula dengan skuad hijaukuning untuk berkhidmat bagi setahun lagi kontraknya bersama Kedah. Berbeza dengan seorang lagi pemain import Kedah, Carlos Kahe yang berakhir penghujung musim ini akan diisi oleh pemain pinjaman penyerang import Felda United FC, Thiago Augusto Fernandes.

Kelibat beliau dapat disaksikan dalam latihan pertamanya bersama skuad hijaukuning di Mini Stadium Peremba petang ini.

Debut Shane dijangka Sabtu ini ketika menentang JDT FC dalam aksi Liga Super di Larkin.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.