Bekas pemain Tottenham Hotspurs Radwan Hamed menang ganti rugi akibat kerosakan otak

Kickbola.net Bekas pemain Tottenham Hotspurs Radwan Hamed menang ganti rugi akibat kerosakan otak
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Bekas pemain Tottenham menang ganti rugi akibat kerosakan otak

Bekas pemain Tottenham Hotspurs, Radwan Hamed yang mengalami kerosakan otak selepas mendapat serangan jantung ketika mewakili pasukan remaja kelab itu memenangi ganti rugi bernilai jutaan ringgit oleh Mahkamah Tinggi.

Radwan, yang kini berusia 26 tahun menandatangani kontrak profesional bersama Spurs ketika berusia 17 tahun namun selepas tiga hari mengikat kontrak, dia tumbang ketika beraksi pada perlawanan pasukan remaja kelab itu di Belgium pada Ogos 2006.

Bapanya, Raymon mendakwa kecederaan anaknya disebabkan kecuaian yang dilakukan oleh Dr Peter Mills yang melakukan rawatan terhadap Hamed dan juga kelab itu menerusi Dr Charlotte Cowie dan Dr Mark Curtin sebagai pakar sukan.

Tottenham adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap tindakan Dr Cowie dan Dr Curtin, tetapi ia sudah pun dipersetujui semasa kes itu berjalan bahawa segala kerosakan akan ditanggung oleh syarikat insuran.

Mahkamah memutuskan bahawa Spurs bertanggungjawab terhadap 70 peratus daripada kesalahan itu manakala Dr Mills 30 peratus dan pampasan itu kini perlu dinilai.

Hakim berkata Dr Cowie, yang ketika itu ketua di Jabatan Perubatan membuat kesilapan serius apabila merumuskan bahawa remaja itu tidak berdepan sedikitpun risiko akibat serangan jantung itu.

Ganti rugi terhadap Hamed dikatakan boleh mencecah sehingga STG7 juta pound (RM38.56 juta) dan menurut BBC, ia akan diputuskan minggu depan.

Selepas keputusan itu, Raymon berkata: "Kami sangat gembira hari ini kerana kami sudah menunggu untuk masa yang panjang. Kami amat lega."

Jurucakap Tottenham berkata: "Kelab ini amat kesal dengan apa yang berlaku kepada bekas pekerja kami.

Kelab ini sudah menyokong Radwan dan keluarganya sejak 10 tahun yang lalu dan kami mahukan rawatan paling baik untuknya." - AFP

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.