Stadium Larkin Bakal Berwajah Baru
Stadium Larkin Bakal Berwajah Baru tahun baharu 2015
Stadium yang menjadi kesayangan rakyat Johor dan penyokong2 JDT ini sedang menjalani fasa akhir transformasi dengan pemasangan lampu limpah dan pagar yang sudah dipotong untuk keselesaan para penonton.
Tempat duduk pegawai dan pemain simpanan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin kini sudah dipasang dengan kerusi 'bucket' yang baru berwarna biru.Pastinya perubahan sebegini mampu memberikan satu lagi lambang kemegahan buat penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim. Luaskan Kuasamu Johor.
Stadium ini juga bakal menyaksikan kewujudan Marshall yang pertama di Malaysia bagi saingan Liga Malaysia tidak lama lagi yang ditugaskan untuk mengawal situasi di dalam stadium.
Tudiaa.. seat bench pemain JDT berwajah baru bagi menepati spesifikasi stadium standard antarabangsa.
Ini bermakna kita bakal menyaksikan perlawanan piala sumbangsih yang berkelas dunia dengan kehadiran marshal, kualiti padang, LED adboard serta tahap pencahayaan lampu limpah yang tinggi.
Seat bench ni terbenam kebawah sikit bagi memudahkan penonton menyaksikan perlawanan tanpa sebarang halangan.
Pasti banyak syarikat penyiaran nak beli hak penyiaran siaran langsung perlawanan sumbangsih diantara 2 pasukan tumpuan, JDT vs Pahang. Kemungkinan milik astro Fox Sports.
Kini negara asia akan terkejut dengan kualiti Liga M yang akan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Dan akhirnya, Liga M akan jadi setaraf dengan Liga Thailand, Jepun dan Korea.
Stadium Larkin merupakan kubu kuat JDT kerana tidak pernah mengalami sebarang kekalahan sepanjang saingan Liga Malaysia musim lepas.
Aura stadium tersebut serta sorakan padu penyokong2 JDT yang diterajui B.O.S dikatakan faktor kepada kekebalan pasukan JDT di Larkin.
Stadium kebanggaan rakyat Johor dan penyokong2 JDT , Stadium Larkin sudah hampir siap sepenuhnya setelah giat menjalani kerja2 naiktaraf sejak musim 2014 berakhir bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2015.
Pelbagai perubahan dilakukan oleh PBNJ antaranya pemasangan lampu limpah , pemotongan pagar di kawasan penyokong serta penambahbaikan fasiliti2 dalaman dan luaran stadium bagi menjamin keselesaan pasukan dan penyokong2 yang hadir.
Jaring gol juga turut dikait dengan warna merah dan biru iaitu warna rasmi pasukan JDT.
Stadium Larkin mencatatkan rekod cemerlang untuk skuad JDT kerana mengharungi 19 perlawanan rasmi tanpa kalah sejam Disember tahun 2013 dalam saingan Liga Malaysia di stadium tersebut.
.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola