Ulasan Sabah FA menentang Tampines Rovers FC - 30/1/2015

Kickbola.netKe-maluan Berganda | Ulasan Pritchard Sebastian Gumbaris | Photo by Azahari Bugay Reyes, Mahapson Mahap, Mino Ersyah Arshad | Video by Bola Sepak Sabah
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Fulltime Sabah FA 0-3 Tampines Rovers FC

Dari mana saya mau start semua ni, ok saya mulakan dengan tajuk dlm english lah..

Double Embrassment sbb kalau sia buat tajuk dlm bm ndak cantik

Picture
TAMPINES ROVERS UJI SABAH RHINOS 30 JANUARI INI

Ke-maluan Berganda

Apa2 pun mungkin result saya ndak kisah sangat tapi performance dlm padang, btw sa buat article kalau boleh ndak mau buat analysis sbb ni kerja coaches yg ada, sa cuma bagi gambaran yg sewajarnya seperti mana ia berlaku di padang

Fans malam ni kira lebih ramai dari dua game sebelum ni mungkin mau tinguk Sabah kasi kalah Tampines atau mau tinguk aksi2 pemain Tampines apa2 pun memang ramai yg turun ..syabas!

Cuma gendang2 dari dua Arena (Ultras) agak bikin panas sbb ndak serasi.

Pasukan

Tampines Rovers bukan team yg calang2, suda berjurut main di Piala AFC sejak 2011, dan beberapa tahun lalu champion Liga Singapore dua tahun berjurut.

Dua bekas pemain Sabah dalam starting line up, Pocuca dan Srecko yg disingkir utk kasi masuk Fazrul dari Singapore utk kouta Import Asia.

Selain daripada tu Tampines juga kasi line up 5 lagi pemain import total 7 semua, jelas dorang ni mean business and as always Singapore dont like to lose even in friendlies!

Sabah pula menurunkan hampir kesebelasan yg main masa lawan Sime Darby

Irwan
Alto Faye Hardy Julamri
Ezaidy Azizan Safuan Rozaimi
Diouf(c) Zayed

Taktik

Sabah 442 flat
Tampines Rovers 451

1st Half

Sabah memulakan perlawanan dengan garang dengan gerak gerakan cantik namun seperti biasa bila sampai box, kita tumpul atau hilang arah.

Namun TR mendapat peluang pertama pada min 2 melalui freekick disebelah kanan box Sabah tapi berjaya ditangkap kemas oleh Irwan.

Pada min ke10, ezaidy berjaya meloloskan diri dari defense selepas throughball dari diouf namun cross dia ndak disambar oleh zayed.

Amy yg buat crossing balik namun bola yg ditap agak lemah, senang2 keeper dive tangkap

Min ke16, Ezaidy skali lagi buat crossing tapi teda strikers menunggu di box, wasted. Kegagalan Sabah utk mencuri peluang membawa padah sama sabah sbb game pula dipegang TR

Min ke19, irwan buat point blank shot dari striker no9

Min ke23, TR melalui Mohd Saiful menjaringkan gol ala ala Di Maria.

Sepakan dari sebelah kiri kotak Sabah lebih kurang 25 meter dari gol post, freekick dengan kaki kiri, melambung, jatuh ke padang dan melantun masuk di sebelah kanan gol post sabah, irwan langsung mati langkah

Min ke25, rembatan striker TR terkena palang

Min ke29, striker TR no 9 merembat masuk volley dari dalam box sabah selepas pemain TR no 4 membuat lob manja2 ...irwan langsung tidak bergerak bila bola masuk.. mana defense?

Min ke38 dan 39m TR hampir menjaringkan gol tapi tersasar sedikit

Min ke41, one two zayed dan diouf hampir menghasilkan gol tapi zayed shot direct pi goalkeeper

Subs
40 mins leopold ganti amy
45 mins max ganti ezaidy
60 mins izuan ganti julamri
68 mins fazli ganti irwan
70 mins rawilson ganti faye
78 mins shafiq ganti diouf
80 mins zuriendy ganti azizan

2nd half

TR pun membuat rombakan besar2an namun they stick to 451 dan Sabah stick to 442

Game dari awal dikawal oleh TR walaupun suda mengeluarkan hampir separuh pemain import dia. Kelihatan pemain sabah sudah tension, leopold dikenakan kad kuning sebab dia kasi foul keras dan kelihatan dia berbalas cakap sama midfield import TR. Max pun kena yellow apabila dia buat late and dangerous tackle

Sepanjang separuh kedua bola banyak berlegar2 di tengah padang dan tidak mendatangkan masalah kepada kedua2 team namun

Min ke60, pemain TR no 12 yg baru dimasukan membuat rembatan 30meter dari tengah padang yg gagal diselamatkan oleh irwan sbb out of position. Kedengaran laungan Booooo dilemparkan kepada Irwan, memang nampak down trus irwan, apalagi bila dia kena subs pada min ke68...he did his best tapi it was not his night. Kedengaran juga fans tepuk tangan sindir dengan pasukan.. susah jaga mau kasi salah fans sbb dorang memang sangat mengharap Sabah beraksi cemerlang selepas buntu utk beberapa tahun lepas

Sejak kemasukan Maxsius, pasukan Sabah nampak lebih mencabar terutamanya disebelah kanan namun jelas kelihatan pemain seperti Azizan agak kepenatan sbb main 3 kali dalam seminggu.

Permainan selepas tu agak seimbang sedikit walaupun TR lebih nampak merbahaya.

Pada min ke82, kejadian blackout berlaku..gelap gelita dan insiden ini agak memalukan kedua2 Safa dan pengurusan stadium, game tidak diteruskan selepas tu dan kemenangan mutlak diberikan kepada Tampines Rovers 0-3.

Max pula diangkat dua pemain keluar selepas mendapat kecederaan harap ndak teruk sbb second half he is simply the best player around

Kesimpulan

Pada petang sebelum game, saya sempat whatsapp dgn sorang coach bertauliah, dia tanya pasal prediction saya, saya bilang 2-1 sbb TR ramai pemain kualiti dan jurulatih yg kreditable. Sa sempat ckp yg kalau kita ada perancangan utk ubah game plan melalui formation atau style of play, senang pihak lawan mau baca dan counter balik.

Jelas skali formasi 451 TR yg membarisi 3 good centre mid dan dua fast flanker teda tandingan utk mid kita yg main dua centre mid dan dua flanker yg main agak berjauhan antara mereka...besar tu gap di tengah padang and with that extra space and extra TR midfielder memang kira suicide utk sabah.

Ada beberapa kali TR membuat 20 passingan tanpa dihadang pihak kita..macam di permonyet2 kan.

Dan banyak bola hantaran jauh dari defense pi strikers, zayed pula sangat menghampakan, he is not in the box when the crossess came in and when he got the chances he totally wasted them.

Dan setelah diaibkan selama 80mins, kita pula diaibkan oleh insiden blackout! Dua kali dalam setahun? Not acceptable...agak memalukan terutamanya pihak lawan datang dari jauh di singapore, apalah dorang ckp pasal facilities kita nnt?

Rata pemain sabah sa bagi 5/10, diouf dlm 6/10 dan max dalam 7/10 walaupun main sekijap saja.

Apa2 pun kredit goes to Tampines Rovers dorang showed their true colors and play to thier potential..they are in different league all together from us.

Sabah perlu banyak lagi utk memperbaiki kelemahan terutamanya di bahagian midfield dan forward.

Harap2 standard team2 lain dlm liga premier bukan macam TR sbb masi jauh lagi pembentukan pasukan sabah.

Harap2 kawan2 yg ndak dpt pi Likas tadi dpt sedikit2 jalan cerita malam game tadi style2 kampung saja ni

Apa2 pun, Kalah Seri Menang Sabah Tatap di Hati!

Blackout di Stadium Likas

Perlawanan persahabatan antara pasukan Sabah dan Tampines Rovers terpaksa ditamatkan lebih awal daripada masa sebenar selepas lampu limpah di Stadium Likas, Kota Kinabalu terpadam sebentar tadi.

Menurut kemaskini di facebook Officially Sabah FA, pada minit ke-82 permainan diberhentikan seketika kerana lampu stadium terpadam. Selang beberapa minit kemudian permainan terpaksa ditamatkan kerana kerosakan lampu limpah di Stadium tersebut.

Keputusan perlawanan pada ketika itu berpihak kepada pelawat dengan jaringan 0-3 sehingga ada komen penyokong yang mengatakan “nasib tamat awal kalau tidak Sabah kena belasah 0-5″.

Sehingga artikel ini diterbitkan belum ada Info Rasmi dibuat oleh Persatuan Bolasepak Sabah mengenai kejadian tersebut selain kemaskini di Officially Facebook SAFA.

Highlight penuh perlawanan



Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.