Pemain Bola Sepak Jerman Danny Blum SAH Peluk Agama Islam (Video)

Kickbola.netDanny Blum is a German footballer who currently plays for 1. FC Nürnberg in the 2. Bundesliga - the Second Division of professional football in Germany. In January 2015 he converted to islam.
(Video) Pemain Bola Sepak Jerman Danny Blum Sah Peluk Agama Islam

Pemain bola sepak Jerman, Danny Blum mengumumkan bahawa dirinya kini sah memeluk agama Islam dan menyifatkan agama Islam telah memberi kekuatan dan ketenangan kepadanya.

"Islam memberikan saya kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya." - Danny Blum.
Danny mengambil keputusan untuk memeluk Islam kerana tertarik dengan agama itu ketika lawatannya ke sebuah masjid.
“Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.

Walaupun, pada awalnya Danny agak gusar dan takut akan penerimaan kedua ibubapanya selepas mengambil keputusan untuk memeluk Islam namun setelah diberitahu, keluarganya menyambut baik keputusan Danny.

“Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama betul,” katanya.


Menurut jejaka berusia 24 tahun ini, dia akui masih lagi belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan yang halal.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.