Ulasan Perlawanan persahabatan kedua di antara Sabah FA vs Sime Darby FC - 26 Januari 2015

Kickbola.netSabah 1 - 1 KL Sime Darby | Ulasan : Pritchard Sebastian Gumbaris. Foto : Mino Ersyah Arshad & Kelab Penyokong Sabah Rhino & Video by Page Bola Sepak Sabah
Sabah 1 - 1 KL Sime Darby

Perlawanan persahabatan kedua di antara Sabah vs KL Sime Darby juga berakhir dengan seri 1 - 1......Diouf menjaringkan gol pendahuluan Sabah pada minit 58 sebelum Khairul Anuar Shahrudin berjaya menjaringkan gol penyamaan KL Sime Darby pada minit ke 80.

Mana mau start ni.. ok lah biar sa mula kan dengan message yg disampaikan oleh former legend Sabah dahulu kala dan juga former coach Sabah tahun lepas, Seslija Milomir.

Tadi petang sempat sa whatsapp samada dia tanya kabar dan itu ini, sebenarnya dia dulu chat dan kalau mau tau dia sentiasa tanya pasal Sabah.




Dia ada ckp season ni Sabah dibarisi pemain2 yg bagus2.

First eleven

JG seperti yg dilaporkan dlm daily express hari ni telah menurunkan first 11 seperti yg dijanjikan

Penjaga Gol - Irwan
Pertahanan - Jenius, Hardy, Faye, Julamri
Midfield - Maxsius, Azizan, Leopold, Amy
Penyerang - Diouf(c), Zayed

1st Half


Game agak seimbang di masa pertama pabila kedua2 pasukan sering berbalas2 serangan namun kebanyakan game kita sangkut di 3rd half, paling ketara kurang gerakan ke dalam box lawan yg bole mengugat gawang lawan.

Banyak serangan kita dilakukan disebelah kanan namun kualiti final ball agak menyedihkan namun passing game kita memang boleh dibanggakan daripada style hit and run zaman batu.

Midfielder azizan memang kira bermain cemerlang sbb hantaran short pass dan tackle2 yg bagus.

Azizan pandai guna body utk rebut bola..cuma partner dia ditengah si Leopold ada tenggelam sikit sampai terpaksa ganti sama amy half way through first half.

Si amy pula agak rusty disebelah kiri, banyak hantaran dia sangkut sama senang gerakan dia dibaca oleh bek kanan SD.

Hampir2 dipenghujung game, SD hampir menjaringkan gol tapi kena palang mcm tempoh hari juga.

Paling banyak banyak buat silap masa first half si Jenius, ntah dia nervous atau ragu2..defending sama passing dia sa rate 5/10 saja..nasib saja di hardy banyak cover dia.

Dan beberapa kali pemain kita telampau main fancy football, backheel la itu la ini la sampai marah si zayed sama si diouf terlampau fancy passing.

Si Max pun buat fancy passing nasib ndak mendatangkan mudarat.. kalau game biarkan lah main simple but effective.

Si Faye pula memang Great Wall of Africa(kalau ada)..mana2 bola tinggi mainan dia... dan dia very compose kalau under preassure steady saja..ndak mengalabah.. dia bukan jenis yg nampak bola trus hantam pi depan..dia steady saja pass bola sama midfield.

Apa yg sa boleh dinilaikan di masa pertama, sabah memang control tengah..

Substitution

45mins
Fazli ganti Irwan

Shafuan ganti Amy

60mins
Izuan ganti Leopold

64mins
Alto ganti Jenius

68mins
Rawilson ganti Faye

71mins
Shafiq ganti Diouf

84mins
Surendren ganti Maxsius

2nd Half


Kedua2 memulakan seperti first half sering berbalas serangan namun teda penyudah.

Kedua2 pasukan banyak peluang utk menjaringkan gol namun semua ndak menjadi.

Shafiq, Julamari, izuan sama zayed ada peluang tapi semua ndak menjadi.

Namun pada minit 59, diouf menjaringkan gol sabah dengan simple tap in selepas menerima cross dari Zayed dari sebelah kanan SD hasil daripada lorongan Maxsius.

Gol penyamaan pula pada min 80 apabila pemain SD yg membawa bola dari tengah padang membuat shooting dari jarak 25meter dari sebelah kanan luar box, bola terus masuk bottom left corner si fazli pun ndak kesampaian utk menepis bola, ada juga si maxsius kejar mau cover sebelah kanan tapi teda defend sebalah kanan masa tu sbb ref lambat kasi lambai alto utk masuk balik dari menerima rawatan.

Selain daripada gol2 itu, game memang seimbang.

Sa puji juga Sabah ni kali sbb mampu bertahan utk bermain corak passing game compare sama yg sabtu tu, banyak bola tinggi dan jauh.

Si rawilson atau jipun nampak macam gugup sikit atau terlampau teruja sbb first2 masuk suda buat silap ..mistime tackle dia nasib SD ndak me jaring.

Passing dia pun agak out...sama dia terlampau robust teringat sa style si retaudin dulu, sampai kena kad kuning si jipun

Pemain yg ambil perhatian saya

Diouf, walaupun nampak kurang fit tapi first touch sama vision dia memang bagus, selepas dia keluarkan nampak betul attacking kita buntu 8/10

Hardy, banyak yg ndak cakap pasal dia tapi sa perhatikan kedua2 game dia memang very important player...dia cepat cover faye dan bek2 dia kalau lepas bola 8/10

Faye, kalau bola tinggi memang makanan dia, dari jauh dia suda baca tu hantaran bola..kalau ndak cukup training di gym pasti Injured kalau kena body contact dia.

Dia punya reading game dan kesteadian pun cukup bagus...rileks, simple dan effective dia main 8/10

Azizan, dia banyak ciri2 modern midfielder, he can tackle, he can body contact rebut bola, he can pass the ball, he cover almost the entire midfield and dia ndak berhenti2 lari, paling ngam kalau ganding sama sabri tapi apa buli buat 8/10

Kalau mau compare sabtu dan isnin, ni malam kita main much better...banyak short passing dan banyak preasure(mungkin faktor cuaca).. bukan macam sabtu, min 60 out trus game kita

Harap2 masa vs Tampines Rovers nnt kita dpt nampak suda tu first 11.. apa2 pun harap2 kawan2 kita yg jauh dapat sikit2 sinopsis game tapi style kampung2an.

Full Time: Sabah 1 - 1 Sime Derby.

Agregat 2 sama. Tiada tambahan masa selepas 90 minit atau pun sepakan penalti utk tentukan pemenang. Lambung siling pun teda. Friendly seja ni. Huhu.

Masih telampau awal kita mau menilai keupayaan Sabah yg sebenar. Kita tunggu liga nanti.

Setiap pasukan mahu dan perlukan kemenangan.

Sabah kini dalam proses memantapkan bahagian yang difikirkan masih lemah dan perlu penambahbaikan.

JG kini perlukan sokongan semua pihak termasuk kita penyokong dan peminat bola sepak Sabah.

Kita perlu realistik inilah barisan yang kita ada. Setiap pemain ada turun naik prestasinya.

Jangan terlalu memberi tekanan.. Perjuangan perlu diteruskan.

Tak perlu salahkan sesiapa, kita perlu terus menyokong dan semua pihak mahukan kebangkitan Sabah.

Game pertama nanti adalah gambaran sebenar pasukan Sabah dan sokongan kita amat diharapkan.

See you all this friday

SABAH TATAP!!

FULL ALBUM IHSAN Mino Ersyah Arshad


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.