Negeri Sembilan FA Calon Juara Liga Perdana 2015?

Kickbola.net Negeri Sembilan FA Calon juara Liga Perdana 2015?

Negeri Sembilan FA Calon juara Liga Perdana 2015?

Mengikut pemerhatian admin, pasukan Negeri Sembilan Matrix boleh dilabelkan sebagai pasukan favourite untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana 2015 seterusnya layak ke Liga Super 2016. 

K enyataan ini admin buat berdasarkan kepada barisan pemain yang amat berpengalaman (bekas pemain kebangsaan) dan keputusan perlawanan persahabatan yang menyaksikan skuad Hoben Jang Hoben belum tewas dalam semua 8 perlawanan.

Barisan pemain berpengalaman yang akan membarisi N9 ialah Helmi Eliza, Irwan Fadli Idrus, Azizie Mat Rose, Fauzi Nan, Fazliata Talib, Khyril Muhymeen, Rezal Zambry Yahya, Ahmad Fauzi Shaari, G. Puaneswaran, S. Sivaneson, Rudie Ramli serta barisan import yang mantap Francis Forkey Doe, Bruno Martelotto, Kim Jin Yong dan Jean Alexander.

Keputusan perlawanan persahabatan menang keatas Penjara FC 4-0, ATM 2-1, MIFA 6-0, Melaka 1-0, Perak 2-0 dan Felcra FC 2-0 selain seri 0-0 dengan Lions XII dan 1-1 dengan Sime Darby FC jelas menunjukan K. Devan berada dilandasan yang betul.

Setakat ini, Bruno yang menjadi tulang belakang ATM sejak beberapa musim ini, berjaya memberikan impak yang ketara sebagai nadi di bahagian tengah bersama dengan Rezal untuk membuka ruang kepada The Predator, Forkey Doe untuk menjaringkan 9 gol dalam 8 perlawanan tersebut.

Negeri Sembilan telah mengatur tiga lagi perlawanan pemanas badan menentang Terengganu (23 Jan) dan Sarawak (27 Jan) di Std Paroi jam 8:45 malam..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.