Manchester United bida £61 juta untuk Paul Pogba

Kickbola.net 'United bida £61 juta untuk bekas pemain'
Manchester United bida £61 juta untuk Paul Pogba

Menurut laporan akhbar Itali, La Stampa, Manchester United telah menghantar bidaan bernilai €80 juta (£61.3 juta) untuk Paul Pogba.

Bekas pengurus United Sir Alex Ferguson telah melepaskan graduan akademi kelab tersebut iaitu Paul Pogba menyertai Juventus pada 2012 secara percuma.

Seorang pemain muda yang gagah, dengan kebolehan tendangan jarak jauh, telah menjadi pemain utama untuk kelab dan negaranya dan pada usia 21 tahun, dan ramai pemerhati bola sepak menggambarkannya sebagai pemain tengah terbaik dunia ketika ini.

La Stampa mendakwa Red Devils telah menghantar bidaan bernilai €80 juta kepada Juventus semalam dan merancang untuk memberi gaji sekitar €9 juta setahun di Old Trafford.


Real Madrid C.F., PSG - Paris Saint-Germain dan Manchester City FC kesemuanya telah dikaitkan dengan Pogba tetapi dia dilihat lebih kepada pemain ideal oleh peminat United.

Ejen Pogba, Mino Raiola, juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kliennya itu tidak akan kekal lama di Turin, walaupun telah menandatangani kontrak 5 tahun.


Pemain muda Perancis itu juga telah memberitahu kepada FourFourTwo, mengatakan dia masih menyanyangi Manchester United..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.