JDT Umum Bina Stadium Bola Sepak Padang Tiruan

Johor Umum Bina Stadium Bola Sepak Padang Tiruan

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Johor Umum Bina Stadium Bola Sepak Padang Tiruan

Johor akan membina sebuah stadium tertutup bola sepak yang menggunakan padang tiruan yang diiktirafkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).


Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, padang bola sepak berkenaan akan dibina berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Bermula Januari 2015, Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan memulakan pembinaan padang bola sepak tiruan tertutup berhampiran Dataran Bandaraya Johor Bahru.”

Tambahnya lagi, “Ianya bakal menjadi lambang kemegahan buat negeri Johor apabila menjadi yang pertama di Malaysia memiliki padang bola sepak tiruan tertutup bersaiz sebenar yang akan dibina mengikut spesifikasi FIFA.”

Maka dengan pembinaan stadium tersebut johor dikatakan adalah negeri pertama di Malaysia yang memiliki padang bola sepak seperti itu.

“Selain itu kita juga akan menaiktaraf kemudahan yang ada dengan menempatkan Pusat Perubatan yang berhampiran padang latihan. Ianya akan memastikan para pemain yang mengalami kecederaan mendapat bantuan perubatan melalui peralatan yang lebih baik untuk penyembuhan dan pemulihan mereka.

Proses pembinaan padang bola sepak tertutup yang baru ini dijangka akan disiapkan sebelum Disember 2015”. katanya dalam kenyataan itu.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.