Piala AFF: Safee Sali Dikritik Merokok tidak kenal tempat mengenakan pakaian rasmi pasukan kebangsaan

Safee Sali Dikritik Merokok tidak kenal tempat mengenakan pakaian rasmi pasukan kebangsaan

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Piala AFF: Safee Sali Dikritik Akibat Merokok


Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee.

Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan. Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran.


Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan dan juga menjadi punca prestasinya menurun.

Picture


Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok.


Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk berbuat demikian. Terutama sejak dia tidak mempamerkan aksi yang baik musim lalu,” kata peminat bola sepak tempatan.

Picture
Ada juga yang menyamakan kejadian ini dengan kejadian seorang pemain pasukan England dan Arsenal, Jack Wilshere yang memohon maaf kerana tindakannya menghisap rokok semasa bercuti di Las Vegas, AS.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.