TAHNIAH JOHOREAN ATAS JEMPUTAN PERSIDANGAN INTERNATIONAL FOOTBALL ARENA (IFA)


JOHOR Southern Tigers dijemput ke PERSIDANGAN INTERNATIONAL FOOTBALL ARENA (IFA)

Dalam kehangatan perlawanan akhir OPPO Piala Malaysia 2014, kita boleh berbangga kerana telah dijemput untuk menyertai persidangan International Football Arena (IFA) dibawah kursus bertajuk "Digital Marketing In Football".

Keberkesanan pemasaran dimana laman web pasukan telah mencapai 6 hingga 8 juta 'hits' sebulan dengan dilayari lebih 120 buah negara serta laman sosial Facebook yang mencapai lebih 2 juta pembaca setiap hari telah menarik minat IFA utk menjemput pasukan JDT ke Berlin, Germany.


En Fahmy Yahya, Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan En Ahmad Yani Ismail, Ketua Pegawai Pemasaran, Southern Tigers Sdn Bhd mewakili pasukan JDT untuk persidangan ini.

Hidup Johor Demi Johor
‪#‎UniteAsJohorean‬
‪#‎BerjuangBersamaKami‬

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.