Penyokong Paling Bernilai Johor Darul Takzim FC Dapat Tiket Final Oppo Piala Malaysia 2014

Alhamdulillah. Tiket untuk Wak Ali telah berjaya disampaikan kepada beliau di Pontian pagi tadi. Semoga sumbangan tidak seberapa ini dapat memberikan keceriaan buat Tok Ali sekeluarga. Tok Ali ramal JDT menang 2-0!

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Penyokong Emas ini amat Bernilai buat Johor Darul Takzim FC.

TOK ALI ......... inilah yg dikata semangat cintakan negeri. Terbaik......

Beliau adalah salah seorang penyokong VETERAN yang turut hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir semalam.


Usianya menjangkau 86thn , tetapi kecekalan dan semangat serta kesabaran beliau hadir ke stadium larkin , menaikan lagi semangat anak-anak muda untuk menyokong Pasukan JDT tidak kira berpanas ataupun berhujan.

‪#‎RESPECT‬
‪#‎SALUTE‬
‪#‎DEMIJOHOR

Kisah Pak Majid vs Wak Ali turun Bukit Jalil.

Pak Majid nama yang tidak perlu di perkenalkan lagi bagi peminat bolasepak Pahang, yang mana dia pernah berjalan kaki dari Kuantan ke Bukit Jalil bagi membayar nazar nya apabila pasukan Pahang muncul Juara Piala Malaysia pada tahun lepas.


Untuk tahun ini awal-awal lagi Pak Majid mendapatkan tiket untuk menyakasikan Final Piala Malaysia edisi tahun ini yang akan berlangsung esok. Manakala bagi edisi kali JDT menjadi lawan Pahang di pentas Final dan di situ lah muncul seorang warga emas yang bernama Mohammad Ali Lumak, 87, atau mesra dipanggil Wak Ali, yang sanggup digendong masuk ke stadium bagi memberi sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerima 10 tiket percuma final Piala Malaysia daripada Menteri Besar Johor, di sini, hari ini.

Tiket percuma itu diserahkan oleh Pegawai Khas Menteri Besar Johor Noor Azleen Ambros. Wak Ali mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas gambarnya digendong seorang lelaki ketika memasuki Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Johor Bahru tersebar luas di laman Facebook, baru-baru ini. Berikutan itu, Wak Ali bersama 20 orang ahli keluarganya akan ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan final malam esok.

Semoga hasrat Pak Majid dan Wak Ali untuk ke final tercapai dan mereka di beri kesihatan yang baik untuk menyaksi Piala teraggung Bolasepak Malaysia edisi kali ini.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.