Nani perlu cergas untuk berpindah ke Juventus
Juara Serie A Itali, Juventus berhasrat melaburkan wang untuk mendapatkan pemain sayap lincah Manchester United, Nani pada perpindahan Januari ini.
Nani yang dibeli United dengan jumlah 22 juta pound (RM119.09 juta) dilihat gagal membuktikan nilai dimilikinya selepas tiba ke England enam tahun lalu dan dikatakan akan dipancing dengan 18 juta pound (RM97.44 juta) oleh Juventus.
Begitupun, perjanjian itu hadir dengan syarat iaitu jika pemain kelahiran Portugal itu mampu membuktikan kecergasannya pada penghujung jendela perpindahan nanti seperti apa yang dilaporkan dalam akhbar Sunday People.
Bekas pemain Sporting Lisbon berusia 27 tahun itu berdepan kecederaan kekejangan otot dan terpaksa disisihkan sehingga awal tahun baru, namun gergasi Itali itu berharap dia mampu pulih dengan pantas selain menerima khabar bos United, David Moyes memang berhasrat menjual bintang Portugal itu.
Sekalipun sudah menandatangani kontrak baru lima tahun di Old Trafford pada September lalu, ia begitupun dikatakan hanya untuk meningkatkan kembali nilainya. United dikatakan berminat untuk membuat penukaran dengan Juventus bagi mendapatkan bekas pemain tengah Perancis, Paul Pogba namun Moyes sedar kelab Itali itu tidak akan bersetuju syarat itu.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags