Liga Super: Sabah Belasah Penang 4-0 Di Stadium Bandaraya
Tugas pertama Pengarah Teknikal Penang, Merzagua Abderrazak, menjadi jurulatih sementara dilihat nasib tidak menyebelahinya apabila skuad bimbingannya tewas besar 0-4 kepada Sabah di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.Pakar sepakan jarak jauh, Stuart Wilkin, melepaskan roket dari luar kotak penalti untuk memberikan gol ketiga Sabah sebelum tamat babak pertama.
Memasuki 45 minit kedua, aksi berat sebelah itu semakin memihak kepada pasukan Sabah tatkala tidak berhenti melancarkan serangan dahagakan lebih banyak jaringan.KEPUTUSAN MASA PENUH – LS14
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 25, 2024
Sabah FC raih 3 mata penuh di Stadium Bandaraya#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/LIjHspr6D2
Tanpa disangka-sangka, Dominic Tan meletakkan namanya sebagai penjaring selepas melakukan rembatan jarak jauh yang sekali lagi menghampakan Sikh Izhan untuk gol keempat.
Tamat aksi, Sabah berjaya mengekalkan kecemerlangan dan memanjat tangga ketiga liga selain turut mencatatkan lapan jaringan dalam dua kemenangan.
Sementara itu, Penang terus kempunan meraih tiga mata penuh dalam enam perlawanan terakhir dan semakin mendekati kedudukan tiga terakhir liga.
SOURCE: stadiumastro.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola