Sabah FC 5 - 2 Kedah Darul Aman FC
Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah merakamkan kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan Kedah di laman sendiri.Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik bagi misi memburu tiga mata penuh. Kedah hadir tanpa Syafiq Ahmad dan Halim Saari yang difahamkan beraksi bersama skuad Piala MFL.
Seawal 2 minit permainan, Sabah membuka jaringan menerusi Saddil Ramdani yang cemerlang menyempurnakan sepakan penalti selepas Rizal Ghazali menjatuhkan Miguel Cifuentes didalam kotak penalti.
Pemain sayap Sabah, Jafri Firdaus Chew terpaksa dikeluarkan pada minit ke-37 permainan selepas mengalami kecederaan dan digantikan dengan Kumaahran Sathavisam.Saddil Ramdani membuka akaun jaringan buat Sabah FC di Stadium Likas.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 29, 2024
Muat turun aplikasi baharu MFL secara percuma sekarang 👉 https://t.co/oXfQoirzZC#MFLKeyMoments pic.twitter.com/5hbwfLzf8r
Sabah memulakan babak kedua dengan luar biasa, pemain import, Joao Pedro berjaya menjaringkan gol kedua pasukan selepas gerakan menarik yang dihasilkan oleh Kumaahran Sathavisam dan Miguel Cifuentes.
Pada minit ke-63 permainan, Kedah kembali menyamakan kedudukan menerusi penyerang import Kedah, Milos Gordic yang mudah menyermpurnakan hantaran daripada Sony Norde.
Sabah kembali dihadapan pada minit ke-68 menerusi Joao Pedro menjaringkan gol ketiga pasukan dengan ‘cip’ bijak melemaskan penjaga gol Kedah, Ifwat.
Kemasukan Kumaahran Sathasivam tidak sia-sia apabila beliau berjaya menjaringan gol keempat Sabah pada minit ke-83 permainan selepas mudah menyempurnakan hantaran kemas daripada Farhan Roslan.
Pada minit ke-91 permainan, giliran Gary Steven Robbat pula menambah jaringan kelima pasukan sekali lagi lorongan bijak daripada Farhan Roslan. Keputusan tamat , Sabah 5-2 Kedah.
SOURCE: makanbola.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola