Bekas pertahanan Sheffield United, George Baldock meninggal dunia pada usia 31 tahun

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
George Baldock
( 📸 ©Getty Images. )
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Pemain kebangsaan Greece ditemukan mati di dasar kolam renang

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
BALDOCK ketika beraksi menentang Olympiacos di Athens, Ahad lalu .
( 📸 ©AFP)
Athens: Pemain Panathinaikos dan pasukan kebangsaan Greece, George Baldock ditemukan mati di dalam kolam renang miliknya, semalam, lapor akhbar Greece.

Pemain pertahanan kanan berusia 31 tahun kelahiran England itu mati di rumahnya di pinggir bandar selatan Athens, Glyfada, menurut agensi berita ANA.

Liga Super Greece dan beberapa kelab mengucapkan takziah.

Televisyen kebangsaan ERT berkata, pemain itu berada 'di dasar kolam' dan sebotol alkohol ditemui di tempat kejadian.

Menurut ANA, isteri Baldock, yang berada di luar negara, memaklumkan pemilik kediaman itu selepas gagal menghubungi pemain itu menerusi telefon.

Kereta polis dan ambulans berada di luar bangunan dan koroner dipanggil untuk memeriksa mayat, kata ERT.

Baldock menyertai Panathinaikos pada Mei lalu selepas tujuh tahun bersama Sheffield United, turun divisyen daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Liga Kejuaraan musim lalu.

Berasal dari Greece menerusi bapanya, dia dipanggil menyertai skuad kebangsaan Greece pada 2022.

Dia sudah tampil 12 kali bersama skuad kebangsaan, tetapi tidak dipanggil bagi perlawanan Liga Negara-Negara menentang England di Wembley, awal pagi esok kerana kecederaan, kata ERT.

Baldock beraksi selama 75 minit ketika Panathinaikos seri 0-0 dengan with Olympiacos pada aksi Liga Super Greece, Ahad lalu.

Pemain pertahanan Manchester United dan England, defender Harry Maguire yang juga bekas pemain Sheffield United menulis "RIP" dan emoji hati pecah bersama imej Baldock di Instagram.

SOURCE: Harian Metro

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.