'Peraturan FIFA bodoh' - Mats Deijl

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
DEIJL kecewa tidak dapat sarung jersi Harimau Malaya. FOTO AGENSI.
( 📸 ©frfuturetalents)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

FIFA Maklumkan Mats Deijl Tak Layak Sertai Skuad Harimau Malaya

Kuala Lumpur: "Peraturan bodoh". Demikian nada berang Mats Deijl selepas impiannya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya musnah apabila permohonannya ditolak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Menerusi perbualan dengan frfuturetalents, Deijl mengakui kecewa dengan keputusan badan induk bola sepak dunia itu.

"Saya baru mendapat panggilan, amat mengecewakan. Diharapkan pada masa akan datang ada sesuatu dapat dilakukan, tetapi tidak buat masa ini," katanya.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, dokumen yang dilampirkan pemain kelab Go Ahead Eagles di Liga Belanda itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyangnya.

Sebaliknya, Fifa menetapkan syarat permohonan itu perlulah melalui datuk atau nenek dan bukannya moyang.

Bagi mendapatkan pengesahan secara rasmi berkenaan kelayakan pemain itu, FAM pada 23 September 2024 menghantar surat kepada Fifa bagi mendapatkan pandangan Fifa mengenai status Deijl yang ingin mewakili Malaysia melalui darah keturunan moyangnya.

FAM bagaimanapun tetap berterima kasih kepada pemain itu atas minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain pertahanan itu untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia, namun ia tidak dapat direalisasikan.

Untuk makluman, FAM juga sudah berhubung dengan beberapa pemain lain sepertimana yang dicadangkan atau dihebahkan di platform media sosial, namun setakat ini tiada yang positif terutama dari segi dokumen kesahihan pemain berkenaan memiliki darah keturunan Malaysia yang melepasi syarat ditetapkan oleh Fifa.

SOURCE: hmetro.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.