Saddil Ramdani Berdepan Tindakan Tatatertib Sabah FC

Sabah merancang untuk mendenda Saddil kerana gagal lapor diri pada masa ditetapkan kelab

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Lambat pulang dari Indonesia, Saddil Ramdani seolah-olah tekad tinggalkan Sabah FC

Ketiadaan pemain import Sabah FC dari Indonesia, Saddil Ramdani dalam pasukan ketika ini menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai masa depan pemain itu.

Walaupun tugasan antarabangsa sudah tamat dengan perlawanan terakhirnya adalah menentang Nepal pada Kelayakan Piala Asia 14 Jun lalu, beliau sehingga hari ini masih belum kembali ke pangkuan Sabah.

Pemain Sabah FC yang juga merupakan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani bakal berdepan tindakan tatatertib selepas pemain berusia 23 tahun gagal melapor diri pada tarikh yang sepatutnya.

Picture
PSSI / SABAH FC

Saddil dilepaskan pasukan Sabah untuk mewakili pasukan Indonesia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2023 di mana Indonesia layak secara merit ke kejohanan berprestij Asia itu.

Jurulatih pasukan Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan bahawa Saddil sepatutnya perlu melapor diri kepada pasukan Sabah pada 16 Jun iaitu dua hari selepas perlawanan Indonesia menentang Nepal dimana Indonesia menang besar 7-0.


“Saddil sepatutnya melaporkan diri kepada kelab dua hari selepas perlawanan antarabangsa terakhir Indonesia (menentang Nepal). Bagaimanapun, dia masih belum kembali ke Kota Kinabalu,” jelas Datuk Ong Kim Swee kepada NST.

“Kelab mungkin akan mengenakan denda beserta amaran keras. Perkara seperti ini tidak boleh diterima.” tegasnya lagi.

Sebelum ini, penyokong pasukan Indonesia lantang mengkritik tindakan Sabah yang tidak mahu melepaskan Saddil ke kejohanan Sukan Sea namun Sabah akhirnya melepaskan pemain itu ke kejohanan sukan Asia Tenggara itu.


Untuk rekod, Saddil merupakan pemain ‘regular’ di Sabah dan sehingga kini beliau sudah beraksi 9 perlawanan dalam semua kejohanan. Daripada 9 perlawanan yang dilalui, beliau berjaya mencetak dua gol dan menyumbang tiga bantuan gol. Pemain sayap lincah itu juga merupakan pemain utama di dalam skuad kebangsaan Indonesia di bawah kendalian Shin Tae-yong.

Sabah sebelum ini memberi kenyataan bahawa Saddil dilepaskan bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia dari 8 hingga 15 Jun dan beliau sepatutnya sudah bersedia untuk diturunkan pada perlawanan Liga Super menentang Sri Pahang FC Sabtu lalu.

Picture
Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee juga mengatakan bahawa tindakan pemain itu tidak boleh diterima dan kelab mungkin akan mengenakan denda dan amaran kepadanya.


Ini bukanlah kali pertama namanya terpalit dengan kontroversi sebegini kerana beliau sebelum ini pernah menjadi tumpuan akibat isu pelepasan untuk bersama pasukan kebangsaan dan perpindahan ke Eropah.

Saddil pernah mengakui motivasinya menurun gara-gara tidak dilepaskan untuk mewakili Indonesia di Sukan SEA, walaupun selepas itu Sabah tetap melepaskannya juga untuk beberapa perlawanan.

Beliau juga diketahui mahu berpindah ke kelab Eropah dan kecewa apabila hasratnya tidak menjadi kenyataan kerana Sabah tidak mahu melepaskannya.

Sabah dilaporkan menolak tawaran kelab Serbia, FK Novi Pazar dan beberapa kelab lain daripada Bosnia dan Slovakia yang turut berminat mendapatkannya sebelum ini.

Awal tahun lalu, Saddil pernah mendakwa bahawa beliau mempunyai perjanjian khusus bersama Sabah yang menyatakan bahawa Sabah akan melepaskannya secara percuma jika terdapat tawaran daripada kelab Jepun, Korea Selatan dan juga Eropah.

Namun klausa itu difahamkan hanya bersifat lisan dan tidak ditulis dalam kontrak menyebabkan pemain itu terpaksa melupakan hasratnya untuk ke Eropah.


Justeru, tindakannya ini seoalah-olah menunjukkan beliau sudah tidak ada hati untuk bermain bersama Sabah dan mahu menekan pihak pengurusan untuk melepaskannya.

Dengan beberapa isu yang berlaku melibatkannya sebelum ini, tidak hairan jika dia tidak berminat lagi untuk bermain bersama Sabah.


Saddil bagaiamanapun memberikan kenyataan mengenai perkara itu dengan mengatakan bahawa pengurusan kelab sudah dimaklumkan mengenai kelewatannya dan dan sudah berbincang dengan pengurus dan jurulatih mengenai perkara itu.

Namun begitu, mengapa Kim Swee mengeluarkan kenyataan bahawa pemain itu mungkin didenda kerana lambat pulang dari Indonesia?

Picture
Jika beliau benar-benar meninggalkan Sabah, ini mungkin akan memeningkan fikiran Kim Swee bagi mendapatkan pemain lain memandangkan jendela perpindahan pemain akan tutup pada Jumaat ini.

Tetapi jika dilihat prestasi Sabah ketika menentang Sri Pahang tempoh hari, ketiadaan Saddil tidak akan begitu dirasai kerana pasukan itu masih boleh bermain dengan baik tanpanya.


Pada perlawanan itu pemain Jepun, Taiki Kagayama berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan Saddil dengan baik dengan menjaringkan satu gol.

SOURCE: NABIL FAHMI di Makan Bola dan harimaumalaya.com.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.