Senarai pemain paling bernilai di Malaysia - Edisi Tahun 2022

Senarai pemain paling bernilai di Malaysia menurut laman web harimaumalaya.com.my

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



1 - Dion Cools | S.V. Zulte Waregem - €850,000 (RM3.9 juta)

Pemain pertahanan negara, Dion Cools kini merupakan pemain paling bernilai dan termahal di Malaysia.

Picture
Dion Cools pemain paling bernilai di Malaysia

Berdasarkan harga pasaran Cools di transfermarkt.com, pemain kacukan Belgium-Malaysia itu diletakkan pada tanda harga €850,000 atau kira-kira lebih RM3.9 juta sekaligus jauh meninggalkan pemain-pemain negara lain.

Walaupun harga pasaran semasa pemain berusia 26 tahun itu boleh dikatakan sangat tinggi untuk seorang pemain Malaysia, tetapi tanda harga tersebut jauh lebih rendah dari sebelum ini dengan harga pasaran Cools pernah mencecah €3 juta atau lebih RM13.9 juta pada tahun 2018 yang mana ketika itu beliau bermain untuk pasukan Club Brugge KV.

Cools kini beraksi bersama kelab SV Zulte Waregem di Jupiler Pro League.

2 - La’Vere Corbin-Ong | JDT - €350,000 (RM1.6 juta)

Pemain kedua paling bernilai di Malaysia ketika ini menjadi milik bek kiri dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu La’Vere Corbin-Ong yang mempunyai nilai pasaran €350,000 atau lebih RM1.6 juta.

Picture
Pemain ini juga adalah pemain warisan kacukan Barbados-Malaysia.

3 - Matthew Davies | JDT - €350,000 (RM1.6 juta)

Pemain ketiga paling bernilai di Malaysia menjadi milik bek kanan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Matthew Davies dengan nilai pasaran €350,000 atau lebih RM1.6 juta.

Picture
Pemain ini adalah pemain warisan Australia-Malaysia.

4 - Liridon Krasniqi | JDT - €325,000 (RM1.5 juta)

Picture
Tempat keempat pula adalah milik pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang juga bermain dengan JDT dengan nilai pasaran €325,000 atau sekitar RM1.5 juta.

5 - Baddrol Bakhtiar | Sabah FC - €300,000 (RM1.3 juta)

Menariknya pada tempat kelima pula menjadi milik pemain dari Sabah FC iaitu Baddrol Bakhtiar, anak jati Malaysia yang mempunyai nilai pasaran €300,000 atau lebih RM1.3 juta.

Picture
Baddrol merupakan pemain paling berusia dalam senarai top-5 dalam senarai pemain paling bernilai di Malaysia pada usia 34 walaupun beliau tidak dipanggil menyertai skuad kebangsaan baru-baru ini ketika Kelayakan Piala Asia 2023.


Walaupun tidak mendapat panggilan daripada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, namun Baddrol tetap menjadi tonggak utama dan kapten dalam pasukan Sabah ketika ini.

Biarpun bukan bermain di posisi penyerang, tetapi pemain tengah yang pernah dikenali sebagai The Sniper ini terus merobek gawang lawan dengan gol-gol yang cukup menakjubkan.

Sementara itu, berikut adalah senarai lima lagi pemain yang berada dalam top-10 pemain negara paling bernilai.

6. Afiq Fazail (JDT) – €300,000 (RM1.3 juta)
Picture


7. Wan Kuzain bin Wan Kamal (St. Louis City 2) – €300,000 (RM1.3 juta)
Picture


8. Safawi Rasid (JDT) – €300,000 (RM1.3 juta)
Picture


9. Arif Aiman (JDT) – €300,000 (RM1.3 juta)
Picture


10. Azam Azih (Sri Pahang) – €275,000 (RM1.2 juta)
Picture


SOURCE: Harimau Malaya

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.