Kenali Dion Cools, Pemain Bola Berdarah Sarawak Yang Bantu Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023

Mesti ramai yang tak tahu bahawa Dion Cools ini adalah kacukan dari Sarawak.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Kenali Dion Johan Cools Senjata Rahsia Harimau Malaya

Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia meraih tempat ke Piala Asia 2023 merupakan detik bersejarah yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, sudah sekian lama negara kita menanti kelayakan ini secara merit dalam masa 42 tahun!

Picture
Malaysia layak ke Piala Asia AFC secara merit buat kali pertama sejak 1980, kali terakhir beraksi pada kejohanan itu sebagai tuan rumah bersama pada 2007. AP Photo/Vincent Thian

Salah seorang pemain bola sepak Malaysia yang ternyata ‘perform’ dan menunjukkan prestasi permainan yang menakjubkan pada perlawanan penentuan kelayakan menentang Bangladesh adalah Dion Cools.

Picture
Pemain Malaysia Dion Cools menanduk ke arah gol semasa perlawanan menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil 14 Jun 2022. — Gambar Bernama

Berita ini pastinya sesuatu yang menarik untuk diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya warga Sarawak.

Picture
Dion Cools. Sumber: IG @djcools21

Meskipun Dion Cools merupakan pemain kacukan, beliau layak menerima kelebihan tersebut kerana ibunya merupakan seorang rakyat Sarawak yang berasal dari Kuching!

Dion Cools, tanah tumpah darahnya di Kuching, Sarawak

Dion Cools atau nama penuhnya Dion-Johan Chai Cools merupakan seorang pemain bola sepak berdarah kacukan Malaysia-Belgium.

Picture
Sumber: Alchetron.com

Ibunya merupakan seorang berbangsa Cina berasal dari Kuching manakala bapanya merupakan seorang warga Belgium.

Picture
Dion Cools bersama ibunya
Picture
Ibu bapa Dion Cools semasa berada di Kuching, Sarawak. Sumber: Facebook

Beliau dilahirkan pada 4 Jun 1996 di Kuching, Sarawak dan memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Liam-Zayn Cools hasil perkongsian hidup bersama pasangannya, Melissa Schelfhout.

Picture
Sumber foto: Twitter @Djcools_21 & IG @djcools21

Keluarga Dion kemudian berhijrah ke Belgium dan terus menetap di sana. Ibunya merupakan peminat pasukan Liverpool dan bertitik tolak daripada itu, Dion mula meminati sukan bola sepak sejak kecil dan terus berkecimpung sehingga menjadikan ia sebagai karier pilihannya masa kini.

Posisi Dion Cools

Sinonim dengan posisi pertahanan, Dion Cools selesa bermain di posisi bek kanan, tetapi juga berkebolehan bermain di bahagian bek kiri.



Walau bagaimanapun, versatiliti yang dimiliki oleh Dion menjadi satu kegemaran buat pasukan dan jurulatih kerana beliau juga boleh diletakkan untuk bahagian forward, sama ada di posisi sayap belakang atau posisi tengah kanan.

Picture
Kredit foto: Aizuddin Saad

Berpengalaman wakili skuad muda kebangsaan Belgium sebanyak 28 kali

Semua orang pasti tahu akan kekuatan pasukan Belgium yang sehingga kini tidak lekang dari senarai pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA.

Picture
Kehebatan Dion Cools juga tidak dapat disangkal apabila beliau berjaya menempatkan diri dan bermain dalam pasukan bola sepak kebangsaan Belgium bawah 18, bawah 19 dan bawah 21 tahun sebanyak 28 kali.


Dion juga dipanggil oleh jurulatih Gert Verheyen untuk mewakili pasukan kebangsaan Belgium bawah 19 tahun untuk kelayakan Kejuaraan UEFA Eropah bawah 19 tahun pada tahun 2015.

Picture
Sumber: Alchetron.com

Dion memilih untuk beraksi di bawah panji Malaysia sejak tahun lalu

Walau bagaimanapun, disebabkan beliau belum dinaikkan ke skuad senior Belgium dan tidak mempunyai cap kebangsaan negara itu, Dion secara automatik boleh memilih untuk mewakili Malaysia kerana darah kacukan ibunya yang merupakan warganegara Malaysia.

Picture
Lelaki ini mengambil keputusan untuk menyertai skuad Malaysia dan menjadi pemain Harimau Malaya yang sah pada 1 Jun 2021.

Picture
Kredit foto: FAM

Dion membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Walau bagaimanapun, mereka tewas 0-4 di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 Jun 2022 di Dubai.

Sejarah karier Dion Cools

Mula bermain secara serius pada tahun 2010 bersama kelab muda Anderlecht dan memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pemain bola sepak di usia 18 tahun bersama kelab OH Leuven pada tahun 2014.


Setahun kemudian, Dion dilamar kelab Brugge.

Picture
Brugge menjadi medan untuk Dion mengasah kredibilitinya sebagai pemain bolasepak profesional di mana beliau telah berjaya membantu pasukan Brugge menjulang Piala Divisyen Satu Belgium sebanyak 2 kali iaitu pada musim 2015/2016 dan 2016/2017.

Picture
Pemain kelahiran Malaysia, Dion Cools, menduduki ranking ke-12 dalam senarai anugerah 'Belofte van het Jaar' (Pemain Muda Terbaik Belgium) bagi tahun 2016.

Malah, beliau juga berjaya menembusi kesebelasan tonggak utama untuk membantu skuad tersebut menjulang piala Supercup pada tahun 2016 dan memberi sokongan kepada rakan sepasukan dari bangku simpanan pada tahun 2018.



Kini, Dion Cools dipinjamkan ke SV Zulte Waregem oleh kelab asalnya, FC Midtjylland sehingga hujung musim 2021-2022.

Picture
Meskipun beliau menandatangani kontrak selama 3 tahun dengan kelab pendahulu Liga Super Denmark itu, peminjaman ini adalah atas permintaan Dion sendiri bagi membolehkan beliau memiliki lebih banyak minit permainan dan memperbaiki prestasi semasa.

Picture
Sumber: Team Malaysia

Pemain paling ‘perform’ dalam perlawanan bersejarah Malaysia layak ke Piala Asia

Pada perlawanan pelengkap di Stadium Bukit Jalil malam semalam, Dion Cools atau juga digelar sebagai Dion ‘Sejuk’ oleh rakan sepasukan Harimau Malaya, menjaringkan gol melalui satu rembatan deras di ruang kotak penalti. Detik ini diakuinya sebagai sesuatu yang manis buat beliau memandangkan ini merupakan gol pertamanya di peringkat antarabangsa sekaligus membantu skuad Harimau Malaya mendapatkan gol berharga kedua menentang Bangladesh.

Picture
Kredit: Vincent Phoon / Power Sport Images untuk AFC

Malah, pemerhati bola sepak tanah air menyifatkan penyarung jersi nombor 21 ini sebagai seorang yang tenang, bertenaga dan bijak mengawal tempo permainan dalam perlawanan tersebut. Penguasaan Dion di atas padang juga membantu pasukan secara keseluruhan selain menggunakan kemampuannya membuat hantaran tepat kepada barisan serangan negara.

Picture
Kredit foto: HMetro

Gol daripada Dion Cools ini juga membolehkan Malaysia menumpaskan Bangladesh 4-1 dan seterusnya layak secara merit ke Piala Asia 2023 yang akan diadakan di China pada tahun depan.

Sempat galas tanggungjawab sebagai kapten pasukan

Dalam perlawanan yang sama, pemain berusia 26 tahun ini juga menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan apabila disarungkan lilitan lengan merah oleh Syafiq Ahmad yang direhatkan pada separuh masa kedua. Beliau juga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan bersejarah tersebut.

Picture
Kredit foto: FAM

Paling mengharukan, Dion Cools mengakui bahawa beliau tidak menyesal memilih untuk menyarung lencana Malaysia di dadanya meskipun beliau memiliki peluang yang lebih popular untuk menyarung jersi Belgium, pasukan di tangga kedua bola sepak dunia.



Syabas dan selamat maju jaya!

SOURCE: iloveborneo.my

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.