Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat secara sah diumumkan sebagai pemain Sabah FC untuk musim 2022. Perkara itu telah diumumkan pihak Sabah FC di laman rasmi media sosial kelab mereka hari ini.
Pemain yang berusia 32 tahun itu mengikat kontrak bersama Sabah FC selepas kontraknya bersama Melaka United tamat pada semalam. Ura-ura yang menjadi bualan hangat penyokong Sabah sebelum ini akan perpindahan Khairul Fahmi ke negeri di bawah bayu itu akhirnya menjadi kenyataan.
Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa Apek bakal menjadi taruhan pengendali Sabah, Ong Kim Swee di benteng terakhir pasukan bersama-sama Damien Lim. Mereka berdua akan menggalas cabaran Sabah FC di posisi penjaga gol.
Pemain yang mesra dengan gelaran Apek itu sebelum ini pernah menyandang title dua kali juara Piala Malaysia dan merupakan orang kuat kepada kemenjadian skuad kebangsaan dalam edisi AFF Suzuki 2010. Pengalaman serta kredibiliti yang ada pada pemain otai ini pastinya akan dimanfaatkan sebaik mungkin.
SOURCE: makanbola
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.