Dalam satu kenyataan di Twitter, dikhabarkan pemain bek kanan Kedah FC, Rizal Ghazali akan bersama kapten pasukannya, Baddrol Bakhtiar untuk menyertai skuad Ong Kim Swee bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini telah dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter miliknya.
Selepas Baddrol Bakhtiar, Kedah Darul Aman FC difahamkan kehilangan seorang lagi pemain tonggak iaitu Rizal Ghazali yang bakal mengiringi rakan akrabnya itu berhijrah ke negeri di bawah bayu.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 24, 2021
Dalam pada itu, hari ini Baddrol telah menerima banyak ucapan apresiasi dan terima kasih daripada warga penyokong Kedah. Ucapan telah di repost oleh Baddrol di laman Instagram miliknya.
Untuk rekod, Baddrol setia bersama Kedah sejak 2005 manakala Rizal Ghazali pula bertapak di Kedah selama 8 tahun bermula daripada tahun 2014. Kedua-dua tonggak utama Hijau Kuning ini telah berjaya membawa Kedah menjulang kejayaan dalam Piala Malaysia.
SOURCE: makanbola.com
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola