Datuk Ong Kim Swee puji usaha SAFA melalui penganjuran Piala BMR

Picture
Datuk OKS (kanan) mengadakan perbincangan dengan Azman (tengah) dan Ketua Jawatankuasa Kejohanan Tempatan Penolong SAFA Lokman Sunggim.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

OKS puji usaha Persatuan Bolasepak Sabah

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) kerana menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Bawah-18 Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (BMR) di negeri ini.


Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan penganjuran kejohanan bolasepak Piala Datuk Seri Bung Moktar Radin (Piala BMR) bawah 18 tahun berupaya mengenal pasti pemain-pemain muda berbakat yang boleh diserapkan dalam skuad Piala Belia.

Picture
Azman memberi penerangan kepada Kim Swee sambil diperhatikan Lokman.

Beliau berkata dengan mengadakan kejohanan itu, Safa akan dapat mengenal pasti pemain muda berbakat yang boleh diserap ke dalam skuad Piala Belia pada masa akan datang.

Katanya, ia satu usaha baik yang dilakukan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) kerana dapat menggilap bakat pemain-pemain muda di negeri ini.

“Sudah tentu penganjuran kejohanan ini sangat baik dan ia tidak dilakukan di negeri-negeri lain,” katanya selepas taklimat ringkas berhubung kejohanan itu oleh Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar di pejabat SAFA petang kelmarin.


Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, memberi taklimat ringkas kepada Kim Swee bagi membolehkannya membantu panel jurulatih pemilih untuk melakukan tugasan mereka apabila grand final kejohanan diadakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Grand final itu membabitkan 8 pasukan zon yang akan dibahagikan kepada 2 kumpulan nanti.

Kim Swee berkata, pihaknya akan memberi kerjasama kepada panel jurulatih pemilih yang diketuai Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat untuk membolehkan SAFA dapat memanfaatkan hasil kejohanan itu.

Katanya, kejohanan remaja seperti ini akan memudahkan usaha untuk pembentukan skuad Piala Belia musim depan.

Azman juga memberitahu, usaha untuk menganjurkan kejohanan yang pertama kali dilakukan SAFA itu adalah sebagai memenuhi misi dan visi Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin untuk membangunkan sukan bolasepak di Sabah.

Katanya, selepas kejohanan Piala BMR itu, SAFA juga akan menganjurkan kejohanan lain yang dalam perancangan termasuk Kejohanan Piala Ketua Menteri yang akan dikenali sebagai “Piala Sabah” supaya ia lebih menyeluruh.


“Biasanya, sebelum ini ia dinamakan Piala Ketua Menteri namun kita akan buat perubahan sedikit dengan menamakannya Piala Sabah namun ia akan tetap merebut piala yang disumbangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor,” ujarnya.

Hadir sama dalam taklimat ringkas itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.