![]() |
Manchester United sentiasa ada tempat istimewa di hati Cristiano Ronaldo. Berapa gol anda mahukan dari CR7? |
Manchester United secara rasminya mengumumkan kehadiran semula bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan laman sesawang rasmi kelab tersebut, sebentar tadi.
Setelah meninggalkan Manchester United kira-kira 12 tahun lalu untuk berhjrah ke Real Madrid, Cristiano memeterai kontrak selama dua musim dengan pilihan tambahan semusim untuk fasa keduanya di Old Trafford.
![]() |
Rasmi: Cristiano Ronaldo Kembali Sertai Manchester United |
Selain itu, Cristiano Ronaldo juga telah memberikan impak pantas berikutan kepulangannya ke ke United apabila baru-baru ini menyaksikan saham kelab tersebut meningkat sekitar £212 juta (RM1.22 bilion).
Run. It. Back.
— Manchester United (@ManUtd) August 31, 2021
⏪ @Cristiano#MUFC | #RonaldoReturns pic.twitter.com/cA4BJDAkIc
“Manchester United merupakan sebuah kelab yang sentiasa berada di tempat istimewa dalam hati saya,” ujar Cristiano menurut kenyataan di laman sesawang Manchester United.
“Saya terharu dengan semua mesej yang saya terima sejak daripada pengumuman yang dibuat pada hari Jumaat lalu.”
![]() |
Perlawanan pertama Ronaldo bersama Manchester United |
“Saya tidak sabar untuk menyertai pasukan selepas aksi antarabangsa [bersama Portugal], dan saya berharap kami akan menikmati satu musim yang cemerlang,” tambah Cristiano Ronaldo lagi.
Cristiano Ronaldo to Manchester United: HERE WE GO! Done deal between Juventus and Man United on permanent move. Cristiano has accepted the contract proposal from Manchester United and he’s coming back. 🔴🇵🇹 #MUFC #Ronaldo
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 27, 2021
Medical to be scheduled soon.
CR7 IS BACK. Here we go. pic.twitter.com/WXfs3p6GFK
Ketika bersama Manchester United pada 2003/04 hingga 2008/09, Cristiano Ronaldo berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 2007/08 serta memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak tiga kali.
Mungkinkah kehadirannya kali ini akan memberikan sesuatu yang lebih menarik buat Manchester United? Sama-sama kita nantikan!
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.