Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA
FIFA Iktiraf Dato’ Mokhtar Dahari, Tempat Ketiga Penjaring Gol Terbanyak Di Pentas Antarabangsa Sepanjang Zaman
Dalam kejohanan EURO 2020 baru-baru ini, Cristiano Ronaldo berjaya menyamakan kedudukan sebagai penjaring terbanyak di pentas antarabangsa bersama pemain dari Iran, Ali Daie.Apa yang menariknya, dalam ciapan terbaru FIFA sebagai badan induk bolasepak dunia turut mengiktiraf lagenda Harimau Malaya, Allahyarham Mokhtar Dahari berada di tempat ketiga dengan 89 gol bersama skuad kebangsaan.
🇮🇷 Ali Daei, 109
— FIFA.com (@FIFAcom) June 29, 2021
🇵🇹 Cristiano, 109
🇲🇾 Mokhtar Dahari, 89
ðŸ‡ðŸ‡º Ferenc Puskas, 84
🇿🇲 Godfrey Chitalu, 79
🇮🇶 Hussein Saeed, 78
🇧🇷 Pele, 77
🇦🇪 Ali Mabkhout, 76
ðŸ‡ðŸ‡º Sandor Kocsis, 75
🇯🇵 Kunishige Kamamoto, 75
🇰🇼 Bashar Abdullah, 75
🇦🇷 Lionel Messi, 75
📈 The joint-9th top men's scorer! pic.twitter.com/i6pwe8DBmH
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akhirnya mengesahkan legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari meledak 89 gol antarabangsa bersama skuad kebangsaan sepanjang kariernya.
Pengesahan itu muncul selepas badan induk bola sepak dunia itu mengeluarkan senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di laman Twitter mereka, hari ini.
Perkembangan itu turut menyaksikan Mokhtar yang lebih dikenali sebagai 'Supermokh' berada dalam kelompok tiga pemain teratas senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman.
Jumlah sebenar jaringan gol antarabangsa yang di ledak Mokhtar sebelum ini menjadi perdebatan apabila ada yang mendakwa dia meledak 86 gol daripada 131 penampilan bersama skuad kebangsaan.
Malah, terdapat juga laporan sebelum ini yang memetik beberapa sumber statistik bahawa Mokhtar menjaringkan 85 gol buat Harimau Malaya sepanjang kariernya.
Beberapa statistik yang melaporkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad kebangsaan.
Pencapaian 89 gol itu dikatakan dilakar sehingga tahun 1991 sebelum Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun itu.
Berdasarkan rekod terbabit, Mokhtar berjaya memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.
Pendahulu senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman kini dikongsi pemain Iran, Ali Daei (kiri) dan Cristiano Ronaldo dari Portugal yang meledak 109 gol.
Semoga ada pemain Malaysia yang lain turut mengikut jejak langkah Mokhtar Dahari mengharumkan nama negara.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Tags
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.