Aksi Pemburu Haram Thanabalan Dirindui Peminat

Kickbola.net Pemburu Haram Thanabalan bakal bakal beraksi bersama Sabah FC di musim baru MSL Julai 2021 nanti!
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Si Pemburu Haram Thanabalan – Aksi Yang Dirindui Peminat

Pemburu haram atau dalam bahasa penjajah dipanggil “poacher” merupakan terma yang sering digunakan dalam dunia bola sepak zaman dahulu hinggalah zaman sekarang.


Jika dulu, pemburu haram dianggap pemalas namun zaman moden ini, pemburu haram dianggap sebagai satu kelebihan. Asalkan pemburu menjaringkan gol maka mereka akan dianggap wira sesebuah pasukan.

Jika di Norwich City, Temmu Pukki merupakan pemburu haram mereka, maka di Malaysia juga ada pemburunya.


Pemburu haram juga kadang kala lemah dari sudut lain dan akan melakukan apa sahaja gerakan walaupun tidak kelihatan kemas asalkan jaringan dapat dihasilkan.

Picture
Thanabalan semasa menyarung jersi Kebangsaan

Pemburu adalah sejenis pemain bola sepak. penyerang dengan kemampuan menjaringkan gol yang hebat dan pergerakan berbahaya di hadapan gawang lawan. Pemburu adalah pemain yang selalu kelihatan berada di tempat yang tepat pada masa yang tepat ketika menjaringkan gol.



Picture
Thanabalan Nadarajah, pemain bola sepak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan kini menyambung baktinya di Sabah FC

Siapakah Thanabalan?

Thanabalan atau nama penuhnya Thanabalan a/l Nadarajah merupakan pemain dari pasukan Sabah FC. Pernah bermain untuk Felcra United secara pinjaman dari skuad Hoben Jang Hoben, Negeri Sembilan.

Thana mempunyai kisahnya tersendiri. Dia mempunyai keluarga yg besar dan ayah yg sudah lumpuh. Ini membuatkan dia memilih bolasepak bagi menyara keluarganya.

Picture
Jaringan 4 gol dari Sukan SEA 2017 telah membuka mata banyak pihak.

Thanabalan pantas menggamit sokongan peminat bola sepak Malaysia setelah berjaya menjaringkan beberapa jaringan unik ketika beraksi di bawah jagaan Ong Kim Swee dalam kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun.

Picture
THANABALAN (kiri) berebut bola dengan pemain Indonesia, Muhd Rezaldi Hehanusa ketika aksi separuh akhir bola sepak di Stadium Selayang.

Pemain berusia 22 tahun dari Seremban itu mengakui kemahiran tandukannya lebih baik daripada jaringan menerusi sepakan hasil latihan menanduk bola ke dinding ketika berada di rumah.

"Saya memang suka menjaringkan gol menerusi tandukan sejak saya bermain bola sepak dari kecil lagi. Memang jaringan tandukan saya lebih baik daripada sepakan.

Picture
PENJAGA gol Indonesia, Satria Tama Hardiyanto (dua kiri) diasak pemain Malaysia, Thanabalan Nadarajah (dua kanan) pada aksi separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Sea KL2017 di Stadium Shah Alam.

"Saya belajar menanduk bola daripada bapak saya (S Nadarajah) dan jurulatih, Khalid Shahdan serta beberapa jurulatih lain. Bila saya berada di rumah, saya berlatih menanduk bola ke dinding," katanya.


Thanabalan mempunyai 6 aksi dengan 4 jaringan pada tahun 2017 dalam acara bola sepak Sukan SEA.

Picture
THANABALAN (kanan) bersama keluarga menyambut Deepavali.

Separuh gaji untuk famili

“Setiap kali menjelang Deepavali, saya akan memberikan wang kepada ahli keluarga untuk membeli kelengkapan. Ia rutin biasa bagi membantu tugas bapa sebagai ketua keluarga,” kata pemain bola sepak kebangsaan, N Thanabalan, 22, yang berkongsi persiapannya meraikan Deepavali .

“Sejak bapa (S Nadarajah, 56) terbabit kemalangan pada 2013, saya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Berbekalkan pendapatan sebagai pemain bola sepak, wang itu digunakan untuk menggembirakan mereka,” katanya.

Thanabalan berkata, dia membelikan pakaian baru buat bapa, ibunya V Thiru Sundari, 52, serta dua adik, Kheeteeswaran, 19, dan Keerthikaa, 13. “Untuk diri sendiri, saya tidak kisah jika tiada pakaian baru, tetapi untuk keluarga mereka perlu berseronok. Saya juga akan memastikan semua keperluan dapur dan barangan lain mencukupi,” katanya.

Menurutnya, setiap sebulan separuh daripada gajinya diperuntukkan untuk keluarga bagi membalas jasa orang tuanya.

“Saya meraikan Deepavali dalam keadaan sederhana dan hanya membelanjakan RM2,000 bagi tujuan itu. Sedikit kelainan, mungkin saya mula dikenali selepas menjaringkan gol ketika menyertai Sukan SEA Ogos 2017,” katanya.

Thanabalan mengakui sebaik temasya sukan itu berakhir, popularitinya meningkat dan ramai peminat mahu merakam gambar bersamanya.

“Perubahan itu satu kejutan baru buat saya baik dalam kehidupan mahupun di persada arena bola sepak,” katanya.

Picture
Kelibat kelincahannya mula hilang selepas menyertai pasukan Kedah pada tahun 2019 dan beliau kini bermain bersama Sabah FC.
Walaupun zamannya mungkin sedang pudar, namun video di bawah membuktikan kemantapannya dulu kala yang menceriakan ratusan ribu peminat bola sepak di Malaysia.


Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.