SABAH FC tidak mengamalkan sistem kesebelasan utama dalam pasukan, sebaliknya pemain yang mampu berkerja keras dan menunjukkan prestasi baik ketika latihan akan diberi peluang beraksi, kata Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto.
B
eliau berkata, hasilnya pada perlawanan Liga Super menentang Perak FC di Stadium Likas di sini malam tadi, pemain yang dipilih mampu berkerja keras tanpa mengenal erti penat lelah, walaupun ketinggalan sehingga memberikan kemenangan 2-1 kepada pasukan The Rhinos itu.
“Bukan strategi yang bagus tetapi kerja keras pemain memberikan kemenangan buat kita malam ini, pasukan ini tiada kesebelasan utama, (sebaliknya) pemain yang tunjuk prestasi baik kita mainkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu di Kota Kinabalu pada malam Ahad.
Kemenangan ketiga Sabah FC musim ini meletakkan pasukan itu di tangga kelapan Liga Super dengan 13 mata.
Ditanya tentang persediaan perlawanan Liga Super seterusnya menentang Melaka United pada Rabu ini (5 Mei), Kurniawan berkata pasukannya tidak akan berasa terlalu selesa walaupun bermain di laman sendiri, sebaliknya akan mengekalkan momentum kerja keras pasukan seperti perlawanan malam tadi.
“Sekali lagi kita akan menilai pemain berdasarkan prestasi mereka dan tiada kesebelasan utama dalam memilih pemain menentang Melaka nanti, keceriaan kemenangan hanya pada malam ini, esok kita fokus untuk perlawanan berikutnya,” katanya.
Beliau berkata, bagi menghadapi Melaka United barisan kejurulatihan akan melakukan analisis prestasi pemain dan pasukan sebelum mempersiap pasukan dengan latihan yang perlu, bagi menghadapi cabaran skuad Sang Kancil itu. - Bernama