JDT waspada ancaman Sabah

Kickbola.net Benjamin Mora menegaskan skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto sukar untuk ditewaskan

JDT waspada ancaman Sabah

Johor Darul Ta'zim (JDT) yang akan merentas Laut Cina Selatan untuk berdepan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam esok memburu kemenangan bagi mengekalkan kedudukan teratas liga.

P
engendali JDT, Benjamin Mora menegaskan skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto sukar untuk ditewaskan selepas dua aksi pasukan itu tidak mengalami kekalahan, sebaliknya melakar kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC dan seri 0-0 dengan Kuala Lumpur City FC, baru-baru ini.

Kickbola.net Pemain JDT tiba di Kota Kinabalu, hari ini.
Katanya, pertembungan itu nanti tampak sukar buat JDT dan kesebelasan pemain yang akan diturunkan harus berwaspada dengan corak permainan pasukan itu yang memiliki gaya permainan pantas apabila melakukan serangan balas.


"Kami akan menentang pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Mereka akan cuba beri tentangan sengit seperti mana pasukan lain melakukannya apabila menentang kami.

"Perlu membuat persiapan yang lebih rapi kerana kami mahu meneruskan momentum kemenangan dan elak membuat kesilapan mudah yang boleh pasukan lawan ambil kesempatan. Kami tidak boleh lagi keciciran mata.

"Biarpun terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat, kami perlu memberi fokus melebihi 100 peratus bagi membentuk taktikal ampuh malah akan ada beberapa pemain simpanan yang akan dibawa masuk dalam kesebelasan utama," katanya.

Mora menegaskan lagi, kecergasan pemain amat diutamakan dan proses pemulihan mereka selepas beraksi dalam jadual yang padat tidak menimbulkan masalah kerana mereka tahu kepentingan untuk berada di dalam keadaan fizikal mantap.


Beliau menambah buat ketika ini hanya Matthew Davies sedang menjalani proses pemulihan kecederaan dan belum pasti sama ada pemain itu akan diturunkan atau sebaliknya walaupun dia mula berlatih bersama rakan sepasukan.

"Meskipum jadual perlawanan begitu padat dan sukar bagi kami untuk beraksi dalam perlawanan yang dianggap seperti aksi `final' kerana perlu berdepan pasukan yang beraksi melebihi 100 peratus untuk tewaskan kami.

"Namun persiapan tetap diteruskan dan sebab itu kami mempunyai jurulatih kecergasan dan kelengkapan bagi proses pemulihan yang serba canggih, malah semua itu dimanfaatkan oleh setiap pemain bagi kembali pulih sepenuhnya," tambah Mora.


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.