Sabah FC sepatutnya mencatat kemenangan pertama di tempat lawan apabila hanya sekadar seri tanpa jaringan menentang Kuala Lumpur City FC malam tadi.
K
etua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, pasukannya memperolehi tiga atau empat peluang keemasan untuk menjaringkan gol termasuk satu jaringan pada masa kedua namun dibatalkan pengadil akibat off side.
Katanya, sudah tentu perlawanan malam tadi akan dijadikan bahan penilaian ‘home work’ pasukan bagi perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) selasa depan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
“Kita sepatutnya layak menang pada perlawanan malam tadi kerana Sabah FC mempunyai banyak peluang tetapi barisan penyerang gagal menjaringkan gol meskipun peluang terhidang di hadapan mata.
“Keputusan seri tanpa jaringan bertemu Kuala Lumpur City FC pada aksi perlawanan keenam Liga Super 2021 berjaya mengubah kedudukan Sabah FC di Liga Super,” katanya.
Kurniawan berkata, Sabah FC datang lebih awal ke Kuala Lumpur bagi membuat persiapan rapi menghadapi saingan Liga Super 2021 sekaligus memanfaatkan peluang cuti rehat yang panjang.
Ini termasuklah mengadakan dua siri perlawanan persahabatan dengan Kuching City FC dan Skuad Projek FAM-MSN.
Dalam kedua-dua perlawanan ini Sabah FC mencatat kemenangan dengan jaringan yang besar.
"Tiga pemain utama Syukri, Azizan dan Sabri Sahar sepatutnya berada dalam kesebelasan utama namun tidak dapat diturunkan malam tadi berikutan mereka mengalami kecederaan ketika perlawanan persahabatan minggu lalu.... kita terpaksa menggunakan ‘Plan B’ bertemu Kuala Lumpur City FC malam tadi,” katanya.
Kurniawan juga memuji hasil kerja keras pemainnya meskipun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama yang mengalami kecederaan namun berjaya memunggut satu mata berharga sekaligus berjaya mengubah kedudukan liga.
Ketika ditanya pemberita mengenai pertemuan menentang JDT di Stadium Likas selasa depan, Kurniawan berkata beliau yakin semangat pemain akan berada pada tahap lebih tinggi apabila bermain di laman sendiri.
“Selasa depan kita yakin akan mencatat satu keputusan yang baik..meskipun kita sedar JDT sebuah pasukan elit serta dibarisi pemain-pemain hebat. Tidak mustahil kita akan berjaya menyekat JDT di Stadium Likas nanti,” katanya.
Kurniawan berkata, faktor lain turut menyumbang iaitu kehadiran semula penyokong ke Stadium Likas bakal memberi kelebihan kepada pasukan Sabah FC kelak.
Katanya, sudah tentu perlawanan malam tadi akan dijadikan bahan penilaian ‘home work’ pasukan bagi perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) selasa depan di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
“Kita sepatutnya layak menang pada perlawanan malam tadi kerana Sabah FC mempunyai banyak peluang tetapi barisan penyerang gagal menjaringkan gol meskipun peluang terhidang di hadapan mata.
“Keputusan seri tanpa jaringan bertemu Kuala Lumpur City FC pada aksi perlawanan keenam Liga Super 2021 berjaya mengubah kedudukan Sabah FC di Liga Super,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.