Sabah FC bersedia meleburkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam (selasa) esok.
K
etua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata ini tidak mustahil berlaku kerana sebelum ini rekod tanpa kalah Terengganu FC juga berjaya dileburkan pada perlawanan aksi ke lima saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Likas lebih-lebih lagi dengan kehadiran penyokong setia "The Rhinos" meskipun JDT kini mengungguli persada liga.
Katanya, persiapan rapi sedang dilakukan bagi memperbaiki beberapa kelemahan sedia ada termasuk menganalisis beberapa video perlawanan JDT untuk melihat ruang yang boleh digunakan Sabah FC bagi memastikan kita dapat mengekang pasukan JDT di Stadium Likas malam esok.
“Sudah pasti semua pihak termasuk peminat setia ‘Rhinos’ mengharapkan kemenangan berpihak kepada Sabah FC yang bermain di Stadium Likas sambil disaksikan sendiri oleh kehadiran pertama penonton...Kita memberi jaminan untuk melakukan persembahan yang terbaik sebagai hadiah kepada mereka yang hadir ke stadium malam esok,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu.
“Apa yang pasti Sabah FC pasti akan melakar sejarah sebagai kelab pertama dapat menewaskan JDT di Stadium Likas…Kita yakin jika semua pemain menunjukkan komitmen 100% tidak mustahil perkara ini dapat akan dicapai,” katanya.
Ketika ditanya mengenai beberapa pemain Sabah FC yang tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam esok Kurniawan berkata, memang ada beberapa pemain utama mengalami kecederaan termasuk Park Taesu yang tidak dapat diturunkan kerana telah memungut tiga kad kuning.
“Kita mempercayai pemain yang ada…Saya yakin dengan pemain sedia ada dalam Sabah FC ini untuk selalu bersedia bermain secara maksimal dalam saat diperlukan…Latihan petang ini kita akan cuba untuk membuat perancangan untuk bermain menghadapi JDT esok,” katanya.

Tags