Otai masih dapat kepercayaan pasukan Liga M

Penyerang berpengalaman, Amri Yahyah, 40, menambah senarai pemain veteran atau 'kuda tua' yang akan kekal beraksi dalam kancah bola sepak tempatan apabila diumumkan secara rasmi sebagai tonggak baharu Sabah FC, Khamis lalu.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Ketangkasan beberapa pemain 'otai' dilihat masih lagi mendapat kepercayaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim ini, walaupun ada di antara mereka sudah mencecah usia 40 tahun.

Antaranya, pertahanan Kuala Lumpur United FC (KL United), Shukor Adan yang kini mempunyai 'regu' pemain tertua beraksi di Liga M susulan penyertaan Masashi Motoyama ke Kelantan United dengan masing-masing akan menjengah usia 42 tahun pada September dan Jun ini.

Picture
Pertahanan Kuala Lumpur United FC (KL United), Shukor Adan.

Penyerang berpengalaman, Amri Yahyah, 40, menambah senarai pemain veteran atau 'kuda tua' yang akan kekal beraksi dalam kancah bola sepak tempatan apabila diumumkan secara rasmi sebagai tonggak baharu Sabah FC, Khamis lalu.

KL United dilihat antara pasukan paling ramai mempertaruhkan pemain otai apabila mengikat Safee Sali, 37, dan mengekalkan Indra Putra Mahayuddin yang akan mencecah usia 40 tahun September ini.

Picture
Bekas kapten Kelantan yang paling berjaya, Mohd Badhri Radzi, 39, juga tampak masih belum bersedia menggantung but apabila akan bergandingan bersama Motoyama dalam skuad Kelantan United.

Tidak dinafikan pelbagai persoalan turut dilontarkan beberapa pihak mengenai kemampuan pemain veteran ini untuk bersaing dengan barisan pemain muda dalam kancah Liga M.

Namun, sekiranya keupayaan dimiliki mereka diragui, pasukan seperti KL United sudah pasti tidak mengekalkan Shukor dan Indra serta tidak menandatangani Safee yang dianggap sudah berada di penghujung karier.

Ketua Pegawai Eksekutif KL United, Stanley Bernard sebelum ini pernah menyatakan bahawa tiga tonggak itu mempunyai kelebihan tersendiri termasuk mampu menjadi pembantu jurulatih dalam membimbing pemain muda.

Malah, Sabah FC dalam kenyataan ketika memperkenalkan Amri juga menyifatkan usia 40 bekas penyerang Selangor itu hanyalah angka dan percaya dia boleh menyumbang sesuatu buat skuad Sang Badak.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.