Kuching City FC Pilih Stadium Likas Sebagai Venue Tuan Rumah

Dua perlawanan pertama Kuching City turut dimainkan di venue tempat lawan.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Kuching City FC Pilih Stadium Likas Sebagai Venue Tuan Rumah

Badan pengelola Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL) hari ini mengesahkan Kelab Bola Sepak Kuching City (KCFC) telah memohon pertukaran venue tuan rumah ke Stadium Likas, Kota Kinabalu bagi menghadapi baki perlawanan Liga Premier musim ini.

Selain itu, jadual perlawanan melibatkan Kuching City FC juga turut dipinda susulan pertukaran venue itu.

Berikutan peningkatan kes wabak COVID-19 di Negeri Sarawak, Kerajaan Negeri telah mengetatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) terhadap mana-mana individu yang memasuki negeri tersebut hendaklah dikuarantin selama 14 hari. Pelaksanaan SOP ini berkuatkuasa sehingga 31 Mac 2021.

Oleh sebab itu, Kuching City FC telah memohon supaya dua perlawanan pertama dimainkan di venue tempat lawan selaku pasukan pelawat. Ahli Lembaga Pengarah MFL dan pasukan-pasukan yang terlibat telah bersetuju untuk meluluskan permohonan Kuching City FC.

“Kuching City FC turut memohon supaya Stadium Likas, Kota Kinabalu sebagai venue tuan rumah pasukan bagi baki perlawanan seterusnya.

“Pertukaran venue Kuching City FC ini menyaksikan perlawanan Liga Premier 2021 bilangan 7 membabitkan Terengganu FC II dengan Kuching City FC yang sepatutnya dimainkan pada hari Selasa, 9 Mac 2021 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, dipinda pada Rabu 10 Mac 2021 jam 9 malam.

“Pindaan ini dibuat kerana pada tarikh tersebut perlawanan Liga Super melibatkan Terengganu FC melawan pasukan Selangor FC berlangsung.

“Kuching City FC yang pada asalnya akan beraksi di gelanggang sendiri bagi perlawanan Liga Premier 2021 bilangan 17 pada Selasa 16 Mac 2021 akan bertandang ke Stadium Hang Jebat, menentang Sarawak United FC jam 9 malam,” kata kenyataan rasmi daripada MFL.

Sementara itu, perlawanan Liga Premier 2021 bilangan 42 yang sepatutnya dimainkan pada Sabtu, 17 April 2021 di antara Kuching City FC dengan Selangor FC 2 dipinda pada Ahad 18 April 2021 di Stadium Likas, Kota Kinabalu jam 9.15 malam.

Pindaan ini dibuat kerana pada tarikh tersebut perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Sabah FC melawan pasukan UiTM FC berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.