Penyerang Juventus Cristiano Ronaldo bersama trofi Piala Super Itali yang dimenangi ketika dia meledak gol yang meletakkannya sebagai penjaring terbanyak dunia. - Foto AFP
MILAN: Cristiano Ronaldo mencatat sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas meledak gol untuk Juventus ketika menentang Napoli pada Piala Super Itali.
P
emain 35 tahun itu berpeluang merakam rekod baharu itu ketika pertemuan dengan Inter Milan Ahad lalu, tetapi malangnya mereka tewas 2-0.
Namun Ronaldo menemui sasaran pada Piala Super Itali menentang anak buah Gennaro Gattuso dan memintas rekod Josef Bican - penyerang Austria-Czech yang meledak 759 gol antara tahun 1931 hingga 1955.
Josef Bican
Hanya seteru lama di La Liga, Lionel Messi dilihat mampu mengatasi pencapaiannya itu.
3 Januari lalu, Ronaldo mengatasi rekod legenda Brazil Pele yang mencatat 757 gol dalam perlawanan rasmi.
Ronaldo dijangka masih mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun lagi untuk terus melebarkan rekodnya. - AGENSI