Jelius Ating capai persetujuan dengan Sabah FC

Pihak pengurusan SAFA dan Sabah FC mengadakan perbincangan dengan Jelius (kiri) di pejabat SAFA. – Gambar Sabah FC

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Perbincangan diantara pihak Sabah FC dan bekas jurulatih pasukan Sabah En. Jelius Ating mengenai perancangan pembangunan pemain dan jurulatih di Negeri Sabah.

Hasrat Jelius Ating untuk mengendali pasukan Sabah FC pada masa akan datang bakal menjadi kenyataan apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Sabah FC bersetuju membiayai kos beliau mengambil lesen kejurulatihan Pro Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Dalam satu hantaran di laman Facebook Sabah FC semalam, Jelius turut diberi peranan oleh SAFA sebagai salah seorang jurulatih teknikal pembangunan di bawah kelolaan persatuan itu.

“Perbincangan antara pihak Sabah FC dan bekas jurulatih pasukan Sabah, Jelius Ating berkaitan perancangan pembangunan pemain dan jurulatih di Sabah dan beliau akan diserap menjadi salah seorang jurulatih teknikal pembangunan di bawah kelolaan SAFA bagi tahun 2021.

Picture
Pada masa yang sama, Pemangku Presiden SAFA, Dato Sri Bung Moktar Radin dan Sabah FC berikrar akan membantu beliau untuk membiayai kos AFC Professional Coaching License tahun ini bagi membolehkan beliau melatih skuad Sabah FC diperingkat Liga Super pada masa hadapan.


“Berbekalkan pengalaman yang ada, kita doakan agar beliau dapat mencungkil lebih banyak bakat-bakat terpendam dari negeri Sabah seterusnya menjadi jurulatih pertama di Sabah memperolehi Lesen Kejurulatihan AFC ‘Professional’,” kata hantaran itu.

Jelius mula menggalas tanggungjawab sebagai pengendali skuad utama Sabah pada 2017 dan ketika itu walaupun hanya sebagai pengendali sementara, beliau berjaya menyelamatkan pasukan berkenaan daripada terjatuh ke divisyen ketiga saingan Liga Malaysia selepas mencatat keputusan kurang memberangsangkan di awal musim.

Pada tahun berikutnya, bekas pemain yang pernah digelar ‘orang besi’ Sabah kerana kekentalannya di barisan pertahanan kemudian berjaya membawa pasukan itu sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia namun mereka dikecewakan oleh Perak.

Jelius kemudian mencipta satu sejarah baharu buat Sabah pada 2019 apabila menamatkan kemarau 23 tahun tanpa kejuaraan dengan memenangi saingan Liga Perdana sekali gus membolehkan mereka beraksi di Liga Super musim lalu.

Bagaimanapun, hasrat beliau untuk terus membimbing pasukan itu musim lalu tidak kesampaian kerana tidak mempunyai lesen kejurulatihan Pro AFC dan hanya menjadi pembantu kepada jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.