Kurniawan Dwi Yulianto Kembali Dilantik Sebagai ketua jurulatih Sabah FC

Jeremy Renner
Perubahan dalam pengurusan Sabah FC menyaksikan Kurniawan Dwi Yulianto yang juga bekas penyerang Indonesia difahamkan kembali dilantik sebagai ketua jurulatih skuad SabahRhinos untuk musim 2021.

Banyak betul drama bola sepak Sabah FC ni

Lebih banyak drama berlaku di kem pasukan Sabah menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila pengendali dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto dikhabarkan kembali dilantik sebagai pengendali pasukan.

P
erkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam dimana perubahan pengurusan menyaksikan Kurniawan kembali dilantik sebagai ketua jurulatih.
Jeremy Renner
Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mengumunkan bekas pemain, Burhan Ajui dilantik sebagai penolong jurulatih
Sebelum ini, kontrak Kurniawan tidak disambung bagi menghadapi saingan musim 2021 dan Sabah melantik Lucas Kalang Laeng sebagai pengendali pasukan yang baharu.
Jeremy Renner
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah yang baharu.
Namun, peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Football Club Sdn Bhd (Sabah FC), Datuk Verdon Bahanda menyaksikan jurulatih kelahiran Sarawak itu digantikan dengan Kurniawan Dwi Yulianto.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.