Penstrukturan dilakukan bagi meningkatkan prestasi Sabah FC dan pasukan-pasukan lain dalam pengawasan SAFA untuk mengembalikan kegemilangan Sabah dalam arena bola sepak di negara ini.
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan melakukan sedikit perubahan dalam pengurusan Sabah FC bagi mengembalikan zaman kegemilangan Sabah dalam arena bola sepak negara.
P
emangku Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar berkata, penstrukturan itu dilakukan bagi meningkatkan prestasi Sabah FC dan pasukan-pasukan lain dalam pengawasan SAFA untuk mengembalikan kegemilangan Sabah dalam arena bola sepak di negara ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara spesifik perubahan yang dilakukan itu.
“Ia dalam proses dan sudah tentu akan memberi kebaikan kepada pasukan,” katanya semasa majlis makanan malam untuk pemain-pemain Sabah FC dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA di sini, semalam.
Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, SAFA juga sedang dalam proses menentukan pemilihan pemain, pengurusan pasukan dan pelantikan jurulatih untuk bersaing dalam Piala Presiden dan Piala Belia musim depan.
Katanya, memandangkan pertandingan bagi kedua-dua liga itu berlangsung pada pertengahan tahun depan, SAFA masih mempunyai masa untuk menyediakan pasukan yang mampu bersaing dalam kedua-dua liga itu.
Beliau juga menasihati pemain-pemain senior dalam Sabah FC untuk meneruskan semangat juang yang tinggi dalam saingan Liga Super musim depan.
Menurutnya, semua pemain mempunyai komitmen masing-masing dalam pasukan maka ia perlu diteruskan kerana peminat mengharapkan pencapaian pasukan yang lebih baik.
“Sukan bola sepak ini sangat digemari rakyat di luar sana dan mereka mengharapkan pasukan kita melakukan pencapaian terbaik.
“Pemain-pemain mestilah menunjukkan semangat tinggi untuk membawa kejayaan kepada pasukan,” ujarnya.
Katanya, persediaan Sabah FC untuk saingan Liga Super musim depan masih terbatas berikutan terpaksa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan akibat penularan wabak Covid-19.
Dalam majlis itu, Penasihat SAFA, Datuk Seri Salleh Tun Said juga menyampaikan sumbangan kepada semua pemain-pemain Sabah FC.
“Ia dalam proses dan sudah tentu akan memberi kebaikan kepada pasukan,” katanya semasa majlis makanan malam untuk pemain-pemain Sabah FC dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) SAFA di sini, semalam.
Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, SAFA juga sedang dalam proses menentukan pemilihan pemain, pengurusan pasukan dan pelantikan jurulatih untuk bersaing dalam Piala Presiden dan Piala Belia musim depan.
Katanya, memandangkan pertandingan bagi kedua-dua liga itu berlangsung pada pertengahan tahun depan, SAFA masih mempunyai masa untuk menyediakan pasukan yang mampu bersaing dalam kedua-dua liga itu.
Beliau juga menasihati pemain-pemain senior dalam Sabah FC untuk meneruskan semangat juang yang tinggi dalam saingan Liga Super musim depan.
Menurutnya, semua pemain mempunyai komitmen masing-masing dalam pasukan maka ia perlu diteruskan kerana peminat mengharapkan pencapaian pasukan yang lebih baik.
“Sukan bola sepak ini sangat digemari rakyat di luar sana dan mereka mengharapkan pasukan kita melakukan pencapaian terbaik.
“Pemain-pemain mestilah menunjukkan semangat tinggi untuk membawa kejayaan kepada pasukan,” ujarnya.
Sementara Bung menyerahkan cek replika bernilai RM300,000 untuk sumbangan kepada bekas pemain negeri negeri, Bobby Chua yang menghidap penyakit ALS untuk menjalani rawatan lanjut.