Pemilik Sabah FC Verdon menyaksikan pemain menjalani latihan kecergasan di Stadium Likas, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
Sabah FC dijangka akan mula tawarkan kontrak kepada pemain yang telah dan sedang dikenalpasti, minggu ini.
P
emilik Sabah FC, Datuk Verdon Bahanda berkata, beliau kini dalam proses menyediakan kontrak pemain.
"Saya dalam proses penyediaan kontrak kepada beberapa pemain minggu ini," katanya ketika dihubungi petang semalam.
Belum menamakan mana-mana pemain tetapi Verdon membayangkan tumpuannya kepada pemain-pemain tempatan sedia ada.
Hampir semua pemain Sabah musim 2020 kelihatan menyertai latihan kecergasan pasukan sejak Khamis lalu di mana ia juga akan menjadi antara medan barisan jurulatih menilai keadaan pemain.
Turut menyertai latihan kecergasan ialah dua bekas pemain Sabah yang beraksi untuk pasukan lain musim lalu iaitu Bobby Gonzales dan Muhammad Mohd Safar.
Bobby bermain untuk Pulau Pinang manakala Mohd Safar menyarung jersi PKNP FC (Perak II) tahun ini.
"Ada masa sehingga 14 Februari untuk mendaftar senarai pemain tetapi kita akan cuba selesaikan pembentukan pasukan dalam bulan ini supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan persiapan awal tahun depan.
"Paling penting, kelab ini terus melangkah bermula dari penstrukturan semula sejak penghujung bulan (November) lalu. Banyak perkara yang perlu diurus tetapi biarlah kami selesaikannya satu demi satu," kata Verdon.
Katanya, pemain juga sudah boleh turun padang untuk latihan berpasukan walaupun masih dibatasi oleh pematuhan SOP (Prosedur Opersasi Standard) kerana Sabah masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Saya akan cuba sebaik yang termampu membentuk Sabah FC dengan harapan dapat menjadi antara pesaing utama dalam Liga Malaysia tahun depan," kata Verdon.
Sebelum ini, beliau telah mengumumkan jurulatih dari Sarawak, Lucas Kalang selaku ketua jurulatih manakala Jelius Ating sebagai pengurus pasukan Sabah FC bagi mengharungi musim 2021.