Wan Kuzain Wan Kamal dilaporkan sudah meninggalkan pasukannya Sporting Kansas City pada hujung tahun ini.
I
ni selepas kelab Amerika Syarikat itu membuat keputusan untuk tidak menawarkan kontrak baharu kepada pemain berusia 22 tahun itu.
Ketika ini, terdapat spekulasi bahawa beliau berkemungkinan besar akan beraksi di Liga Malaysia.
Bukan itu sahaja, seorang lagi pemain berdarah Malaysia iaitu pemain berusia 20 tahun, Isaac Angking turut menerima nasib sama apabila kelabnya New England Revolution tidak menawarkan kontrak lanjutan kepadanya.
Isaac Angking.
Dia yang mempunyai pertalian darah dengan Malaysia kerana ibunya berasal dari Sarawak, sebelum ini turut pernah menyarung jersi skuad bawah 17 tahun (B-17), Amerika Syarikat dan bermain di Nike International Friendlies namun gagal tersenarai dalam skuad Piala Dunia B-17 negara Uncle Sam itu.
Spekulasi yang datang dari sumber yang rapat dengan kedua-dua pemain menyatakan salah seorang daripadanya telah mendapat tawaran untuk beraksi di Malaysia.
Perkembangan terbaru ini pastinya menggusarkan peminat tempatan yang mahu melihat Wan Kuzain terus beraksi di luar negara.