Petrus Shitembi bakal sertai Terengganu FC?

Petrus Shitembi yang merupakan key player pasukan Sabah amat disayangkan jika berhijrah ke pasukan lain terutama Terengganu FC yang serius mendapatkan khidmat pemain itu bagi menggantikan posisi Saanjar Shaakhmedov.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)



Petrus Shitembi bakal sertai Terengganu FC?

Selamat tinggal Petrus Shitembi.

Difahamkan Petrus Shitembi telah bersetuju menyertai pasukan Terengganu FC musim hadapan. Hanya menunggu kontrak tamat dan beliau akan menandatangani perjanjian kontrak dengan Terengganu FC.


Tidaklah menghairankan jika Petrus Shitembi berminat menyertai TFC musim hadapan apatah lagi mereka akan bermain di pentas Piala AFC musim hadapan.

Picture
Petrus Shitembi.

Terengganu FC pantas mencari pengganti Lee Tuck apabila bakal mengikat pemain tengah menyerang yang pernah beraksi dengan sebuah pasukan Liga Super musim ini.

"Kami berminat untuk mendapatkan pemain itu dan perbincangan pun sudah diadakan dengannya, jika tidak ada sebarang masalah kita akan menandatangani kontrak pemain tengah menyerang itu.

"Tapi kami perlu mengambil sedikit masa kerana pemain berketinggian hampir 1.80 meter itu masih ada lagi baki kontrak dengan pasukannya musim ini, jadi kami perlu hormatinya bagi mengelak perkara tidak diingini timbul,"

Mengulas lanjut, menurut sumber itu pemain berkenaan yang kini masih lagi beraksi bersama pasukan kebangsaan negaranya bakal mengisi posisi bekas kapten kerana corak permainannya menepati perancangan pasukan.


Picture

"Tapi setakat ini kita belum mahu dedahkan namanya terlebih dahulu, biarlah rahsia, jika semuanya selesai kita akan maklum," kata sumber itu yang mengharapkan pemain yang pernah beraksi dalam Liga Ghana itu mampu beraksi cemerlang lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam kancah AFC Cup musim depan selain Liga Malaysia.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.